Tarikh : 05 April 2018
 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Felda Maokil 1, Bukit Kepong.
 Peserta : Petugas PI1M Taman Perling, PI1M Felda Maokil, PI1M Kg Raja Bukit Kepong, PI1M Pekan Lenga dan PI1M Pagoh Jaya.

 

Tujuan

Mesyuarat dijalankan adalah bertujuan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan Mesyuarat Penyelarasan Program Hari Bersama Komuniti Parlimen Pagoh 2018 yang bakal diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga.

Aktiviti

Mesyuarat yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Maokil ini dimulai dengan penerangan ringkas tentang Program Hari Bersama Komuniti Parlimen Pagoh 2018 yang bakal dianjur secara bersama gabungan 5 site Pusat Internet 1Malaysia. Ianya termasuk perbincangan mengenai pengisian program dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan selain penyertaan termasuk VIP dan badan-badan bukan kerajaan yang terlibat sama. Mesyuarat juga merangkumi aktiviti pembahagian tugas kepada PI1M-PI1M yang terlibat mengikut kesesuaian.

Gambar disini