Tarikh | : 26 Mac 2018 |
Masa | : 7.45 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Perkarangan Pusat Khidmat Komuniti, Bukit Kepong. |
Peserta | : Klinik Kesihatan Lenga Dan KOSPEN, Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Usahawan IKS dan komuniti Bukit Kepong amnya. |
Tujuan
Program Pemimpin Bersama Rakyat & Free Market 2018 anjuran Puteri UMNO Bahagian Pagoh ini disertai bagi tujuan mempromosikan PI1M dan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan selain memperkenal dan mendedahkan kepada pengunjung terhadap program-program dan kempen-kempen serta kelas-kelas dan kursus-kursus yang dijalankan oleh Pusat Internet 1Malaysia termasuk Kelas ICT, Aplikasi Dashboard Komuniti dan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) secara keseluruhannya.
Aktiviti
Program Pemimpin Bersama Rakyat & Free Market 2018 yang bermula seawal jam 7.45 pagi ini diceriakan dengan aktiviti Zumba bersama komuniti dengan tenaga pelatih yang dijemput khas. Program disusuli dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan bagi komuniti dan ibu mengandung yang diseliakan oleh Klinik Kesihatan Lenga dan KOSPEN kawasan setempat dengan penyertaan pengunjung yang amat menggalakkan dan diluar jangkaan. Program diserikan lagi dengan aktiviti penyerahan cermin mata percuma kepada yang memerlukan dan diselingkan dengan aktiviti Celit ICT selain jualan barangan keperluan dengan harga yang bersubsidi sebelum acara kemuncak iaitu majlis perasmian program yang disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ismail Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Bukit Serampang. Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja mengambil tempat melaksanakan aktiviti promosi dengan memperkenal Pusat Internet 1Malaysia dan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan selain kursus-kursus, kelas-kelas, aktiviti-aktiviti serta program-program yang dijalankan termasuk Aplikasi Dashboard PI1M dan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).