Tarikh | : 24 Ogos 2018 |
Masa | : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah & Tabika |
Tujuan
Tujuan kelas dianjurkan adalah untuk memperkenalkan dan melatih para pelajar dalam penggunaan Microsoft Office Excel melalui fungsi-fungsi menu yang tersedia dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian termasuk dalam pembelajaran pelajar itu sendiri.
Aktiviti
Seawal kelas, pelajar diberikan penerangan dan pendedahan kepada aplikasi Dashboard Komuniti dan sumbangannya kepada masyarakat setempat. Pelajar juga didedahkan kepada persekitaran yang selamat ketika dialam siber menerusi kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) termasuk pendedahan kepada kejadian-kejadian kes yang melibatkan keselamatan data peribadi dialam siber. Pelajar diberikan penerangan ringkas tentang aplikasi Microsoft Office Excel termasuk menu-menu asas yang tersedia serta fungsi penggunaannya. Seterusnya pelajar didedahkan kepada carta pai dan jadual waktu dan diajarkan teknik mencipta carta dan jadual tersebut melalu menu insert. Pelajar diajarkan secara langkah demi langkah sehingga terhasilnya carta dan jadual tersebut dan diberikan peluang untuk menghias hasil kerja pelajar mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh | :19 Ogos 2018 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Kawasan sekitar Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah & Menengah |
Tujuan
Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk menarik minat generasi baru untuk menghayati erti kemerdekaan dan mengekspresikannya dalam bentuk aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan ringkas tentang erti kemerdekaan dan nilai-nilai patrotik yang perlu ada dihati setiap rakyat. Bermula di Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, semangat cintakan tanah air disemai melalui tayangan video klip dan nyanyian lagu-lagu patriotic oleh semua peserta dan petugas Pusat Internet. Seterusnya para peserta diberikan penerangan tentang erti kemerdekaan yang sebenar dengan penceritaan sejarah tanah air dalam menuntut kemerdekaan yang penuh berliku. Berdasarkan penerangan tersebut juga, Petugas Pusat Internet menjalankan kuiz ringkas tentang kemerdekaan sebelum aktiviti konvoi Kayuhan Kemerdekaan 2018 yang diketuai oleh Petugas dimulakan dan mengelilingi kawasan sekitar Kampung Raja Bukit Kepong. Aktiviti berakhir di Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong dengan pemberian makanan ringan dan air minuman kepada para peserta.
Tarikh | : 27 Julai 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan penganjuran kelas ini adalah bagi melatih dan mendidik para pelajar dalam menghasilkan kraf Bunga Dahlia dengan bahan-bahan yang disediakan berpandukan pembelajaran atas talian iaitu melalui medium-medium tertentu seperti Youtube dan sebagainya.
Aktiviti
Sebelum kelas dimulakan, para pelajar diberikan penerangan dan pendedahan berkenaan Dashboard Komuniti termasuk modul MyShop dan MySoal. Selain itu, pelajar juga diberikan penerangan dan penekanan terhadap keselamatan di alam siber termasuk modul “Buli Siber” yang dikatakan sedang berleluasa pada masa kini. Seterusnya pelajar diberikan penerangan ringkas tentang kraf Dahlia yang perlu dihasilkan dengan bahan-bahan yang disediakan berpandukan pembelajaran atas talian seperti tutorial di Youtube.com. Para pelajar diberikan masa untuk menyiapkan kraf mengikut kreativiti masing-masing dan hasil kraf yang terbaik diberikan hadiah sebagai pemenang.
Tarikh | : 18 Ogos 2018 |
Masa | : 11.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk menarik minat para peserta dan menyemai rasa cintakan Negara melalui seni kolaj yang dihasilkan.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan ringkas tentang erti kemerdekaan dan nilai-nilai patrotik yang perlu ada dihati setiap rakyat. Setiap peserta diberikan satu lukisan Jalur Gemilang dan dikehendaki melakukan kolaj di atas lukisan tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Peserta yang menyiapkan hasil kerja yang kreatif dan menarik dipilih sebagai pemenang dan diberikan hadiah.
Tarikh | : 20 Julai 2018 |
Masa | : 4.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran secara atas talian serta melatih para pelajar mengaplikasikan teknologi ICT dalam mengulangkaji serta menjalankan latihan akademik serta mencari maklumat yang diperlukan sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.
Aktiviti
Pelajar didedahkan kepada teknik penggunaan dan penguasaan sesuatu pembelajaran secara atas talian melalui google search dengan tujuan mendapatkan sumber maklumat tambahan bagi sesuatu matapelajaran. Melalui enjin carian Google Search, pelajar diajarkan cara mendapatkan sesuatu maklumat dan termasuk soalan-soalan peperiksaan bagi tahun-tahun yang lepas.