Tarikh : 04 Oktober 2018
 Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi : Kediaman Puan Zaharah Binti A. Majid, Kampung Bukit Bendar, Bukit Kepong.
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS Zon Kepong

 

Tujuan

Tujuan penganjuran lawatan adalah untuk memperlihatkan para pelajar kepada salah satu kraftangan buatan Malaysia yang berkualiti tinggi yang mana boleh didapati di kawasan sekitar Bukit Kepong. Selain itu, lawatan yang dijalankan juga adalah untuk memupuk generasi yang cintakan kraftangan khususnya buatan tanah air sekaligus menanam minat para pelajar kepada seni terutamanya kraftangan yang dilihat mempunyai potensi yang baik dimasa hadapan.

Aktiviti

Lawatan yang dijalankan seawal jam 9.00 pagi itu diketuai oleh Guru-guru Tabika KEMAS Zon Kepong dengan kerjasama Petugas Pusat Internet sebagai Skuad Penyelarasan yang dilantik. Bermula dari Tabika KEMAS Kampung Tui 1 sebagai lokasi permulaan, lawatan yang melibatkan kurang lebih 60 orang pelajar itu dibawa terus ke kediaman Puan Zaharah Binti Abd Majid selaku Usahawan Seni Kraftangan iaitu di Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong. Setibanya di lokasi, para pelajar diberikan taklimat ringkas berkenaan dengan kraftangan termasuk proses-proses yang perlu dilakukan sebelum hasil kraftangan siap sepenuhnya. Seterusnya para pelajar dibawa ke lokasi dimana Puan Zaharah mendapatkan daun pokok mengkuang yang berada di sekitar rumahnya. Daun pokok mengkuang tersebut merupakan sumber utama produk-produk keluarannya dan sumber daripada daun pokok mengkuang tersebutlah akan terhasilnya produk-produk berkualiti tinggi kepunyaan Puan Zaharah seperti tikar, beg, bakul, tudung saji dan sebagainya. Seterusnya para pelajar didedahkan dengan proses penyiapan daun-daun pokok mengkuang sebelum dianyam menjadi sesuatu produk yang ingin dihasilkan sebelum dipasarkan. Diakhir lawatan, Guru-guru Tabika KEMAS dan semua pelajar menjalani sesi bergambar sebelum bersama Puan Zaharah dan lawatan bersurai.

Gambar di sini

 Tarikh : 05 Oktober 2018
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas Asas Microsoft Office Publisher ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan pelajar dalam mencipta sesuatu Jadual Perancangan Pembelajaran menggunakan menu-menu yang tersedia di Microsoft Office Publisher.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan mengenai Microsoft Office Publisher melalui fungsi-fungsi Menu yang tersedia seterusnya dibimbing mencipta Jadual Perancangan Pembelajaran melalui menu Home dan Insert. Pelajar diberikan arahan langkah demi langkah dalam menyiapkan tugasan masing-masing sehingga tugasan tersebut siap sepenuhnya.

Gambar di sini

 Tarikh : 07 Oktober 2018
 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Wanita Mukim Bukit Kepong

 

Tujuan

Kelas Asas Microsoft Office Word ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta terlibat dalam mengaplikasikan Microsoft Office Word sebagai salah satu medium perlaksanaan sesuatu tugasan.

Aktiviti

Seawal kelas, peserta diberikan sedikit sebanyak penerangan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti serta kelebihan dan manfaatnya kepada komuniti setempat. Kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) juga diterapkan melalui penerangan-penerangan kes-kes jenayah siber yang pernah berlaku di Malaysia. Seterusnya peserta diberikan penerangan mengenai Microsoft Office Word dan fungsi-fungsinya seterusnya dibimbing mencipta sesuatu tugasan bermula dengan teknik menaip dengan betul dan penyusunan ayat-ayat tertentu melalui menu-menu yang tersedia. Peserta diajarkan secara langkah demi langkah termasuk menggunaan menu-menu tertentu seperti menu Insert sehingga tugasan yang diberikan siap sepenuhnya. Diakhir kelas, dijalankan juga aktiviti Installation aplikasi Dashboard Komuniti ke telefon pintar yang mana peserta yang memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti ini diberikan T-Shirt Dashboard Komuniti sebagai saguhati.

Gambar di sini

 Tarikh : 03 Oktober 2018
 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi : Tabika KEMAS Kampung Tui 1, Bukit Kepong.
 Peserta : Guru dan Ahli Jawatankuasa Tabika KEMAS Zon Bukit Kepong.

 

Tujuan

Mesyuarat dijalankan adalah bertujuan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan program-program yang bakal dijalankan dan isu-isu serta hal ehwal yang bersangkutan dengan Tabika KEMAS.

Aktiviti

Mesyuarat didahului dengan sesi penerangan ringkas tentang program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2018 dan membincangkan program-program yang bakal dirangka serta perbincangan terhadap cadangan-cadangan yang berkaitan dan bersesuaian dengan program selain isu-isu semasa serta hal ehwal Tabika KEMAS.

Gambar di sini

 Tarikh : 19 Oktober 2018
 Masa : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Wanita Mukim Bukit Kepong

 

Tujuan

Tujuan penganjuran kelas adalah bagi memperkenal dan mendidik peserta tentang teknik penjagaan kulit muka dengan cara yang betul dan selamat.

Aktiviti

Peserta diberi penerangan oleh Kakitangan Mary Kay berkenaan kepentingan kesihatan dan keselamatan kulit muka dengan beberapa kaedah tertentu termasuk dari segi pemakanan dan penggunaan produk atau alatan solek. Setiap peserta diberikan satu set alatan solek dari Mary Kay dan diajarkan tutorial teknik solekan dengan tepat dan berkesan serta selamat.

Gambar di sini