Tarikh | : 14 September 2018 |
Masa | : 10.30 Pagi - 11.30 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia - Bariah Binti Rosli |
Tujuan
Tujuan kelas E-Dagang ini dijalankan adalah bertujuan mendidik peserta mengaplikasikan teknologi ICT masa kini dalam kehidupan seharian. Peserta diajar cara membuat pembayaran sesuatu bil kepada agensi-agensi tertentu melalui kaedah perbankan atas talian.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan sesi pengenalan peserta kepada teknologi ICT masa kini yang banyak membantu dan memudahkan sebarang urusan dalam kehidupan seharian. Peserta didedahkan kepada sistem perbankan atas talian dan perkhidmatan yang disediakan di dalam sistem tersebut termasuk pembayaran bil-bil utility, pinjaman pelajaran, pengisian semula pra-bayar dan sebagainya. Peserta kemudiannya diajarkan cara melakukan transaksi pembayaran bil dan pemindahan sejumlah wang bagi tujuan pembelian barangan secara atas talian.