Tarikh | : 03 & 31 Oktober 2018 |
Masa | : 5.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja, Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk mendidik para peserta untuk menjalankan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti senamrobik selain pengemalan pemakanan yang seimbang.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan secara santai itu dimulakan dengan sedikit penerangan tentang pengamalan diet pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian. Aktiviti senamrobik dimulakan dengan sedikit regangan otot yang diketuai oleh petugas Pusat Internet seterusnya dengan memanfaatkan teknologi ICT yang tersedia di Pusat Internet, aktiviti ini dijalankan dengan berpandukan tutorial senamrobik di aplikasi Youtube.com melalui tayangan di Smart Board.