Tarikh : 04 Oktober 2018
 Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi : Kediaman Puan Zaharah Binti A. Majid, Kampung Bukit Bendar, Bukit Kepong.
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS Zon Kepong

 

Tujuan

Tujuan penganjuran lawatan adalah untuk memperlihatkan para pelajar kepada salah satu kraftangan buatan Malaysia yang berkualiti tinggi yang mana boleh didapati di kawasan sekitar Bukit Kepong. Selain itu, lawatan yang dijalankan juga adalah untuk memupuk generasi yang cintakan kraftangan khususnya buatan tanah air sekaligus menanam minat para pelajar kepada seni terutamanya kraftangan yang dilihat mempunyai potensi yang baik dimasa hadapan.

Aktiviti

Lawatan yang dijalankan seawal jam 9.00 pagi itu diketuai oleh Guru-guru Tabika KEMAS Zon Kepong dengan kerjasama Petugas Pusat Internet sebagai Skuad Penyelarasan yang dilantik. Bermula dari Tabika KEMAS Kampung Tui 1 sebagai lokasi permulaan, lawatan yang melibatkan kurang lebih 60 orang pelajar itu dibawa terus ke kediaman Puan Zaharah Binti Abd Majid selaku Usahawan Seni Kraftangan iaitu di Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong. Setibanya di lokasi, para pelajar diberikan taklimat ringkas berkenaan dengan kraftangan termasuk proses-proses yang perlu dilakukan sebelum hasil kraftangan siap sepenuhnya. Seterusnya para pelajar dibawa ke lokasi dimana Puan Zaharah mendapatkan daun pokok mengkuang yang berada di sekitar rumahnya. Daun pokok mengkuang tersebut merupakan sumber utama produk-produk keluarannya dan sumber daripada daun pokok mengkuang tersebutlah akan terhasilnya produk-produk berkualiti tinggi kepunyaan Puan Zaharah seperti tikar, beg, bakul, tudung saji dan sebagainya. Seterusnya para pelajar didedahkan dengan proses penyiapan daun-daun pokok mengkuang sebelum dianyam menjadi sesuatu produk yang ingin dihasilkan sebelum dipasarkan. Diakhir lawatan, Guru-guru Tabika KEMAS dan semua pelajar menjalani sesi bergambar sebelum bersama Puan Zaharah dan lawatan bersurai.

Gambar di sini