Tarikh | : 01 & 14 Disember 2018 |
Masa | : 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Setiausaha, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong |
Tujuan
Kelas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word melalui menu-menu tersedia.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan mengenai Microsoft Office Word dan fungsinya seterusnya dibimbing mencipta sesuatu tugasan iaitu surat rasmi melalui menu-menu tersedia termasuk Home, Insert dan sebagainya. Peserta diajarkan secara langkah demi langkah termasuk bentuk dan format surat rasmi yang bersesuaian seterusnya mencipta surat tersebut dengan mengaplikasikan menu-menu tertentu mengikut kehendak dan kesesuaian surat. Ketelitian dalam surat menjadi penekanan utama yang diberikan.
Tarikh | : 11 November 2018 |
Masa | : 10.30 Pagi - 12.30 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan penganjuran program adalah untuk mendidik para peserta untuk menjalankan gaya hidup yang sihat samada melalui pemakanan yang sihat, senaman mahupun penggunaan produk-produk kesihatan yang berkualiti dan selamat untuk digunakan.
Aktiviti
Program yang diseliakan oleh Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong itu dimulakan dengan pendaftaran dan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma yang mana juga dikendalikan oleh petugas Pusat Internet dan beberapa orang Skuad Kospen komuniti yang dilantik. Modul gaya hidup yang sihat diterapkan melalui penerangan dan taklimat yang disampaikan oleh petugas termasuk dari aspek pemakanan yang sihat, sosial dan gaya hidup, senaman, aspek kebersihan serta pengambilan produk-produk kesihatan yang selamat dan berkualiti. Program diteruskan dengan taklimat kesihatan yang disampaikan oleh wakil Lexee (produk penjagaan kesihatan wanita) yang diselang-selikan dengan demonstrasi kesihatan serta produk-produk dari Lexee. Program berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada Lexee dan jamuan tangahari yang disediakan.
Tarikh | : 09 November 2018 |
Masa | : 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Kelas Asas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Office Word melalui menu-menu tersedia.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan mengenai Microsoft Office Word dan fungsinya seterusnya dibimbing mencipta sesuatu tugasan iaitu surat melalui menu-menu tersedia termasuk Home, Insert dan sebagainya. Peserta diajarkan secara langkah demi langkah termasuk bentuk dan format surat rasmi yang bersesuaian seterusnya mencipta surat tersebut dengan mengaplikasikan menu-menu tertentu mengikut kehendak dan kesesuaian surat.
Tarikh | : 11 November 2018 |
Masa | : 8.30 Pagi - 11.30 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Tahun 6 SK Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan penganjuran program adalah bagi mendedahkan kepada para pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah akan pentingnya aspek keselamatan diri mahupun keselamatan data peribadi dialam siber dengan teori-teori dan contoh-contoh kes yang diterapkan.
Aktiviti
Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan sedikit senaman dan “Tarian Ceria” para pelajar berdasarkan paparan video klip di Smart Board. Program advokasi ini disasarkan kepada semua 25 orang pelajar Tahun 6 dengan penerangan teori-teori KDB serta contoh-contoh kes yang berlaku dialam siber. Kandungan slot juga disusuli dengan kuiz kefahaman tentang Klik Dengan Bijak (KDB) dimana para pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan diberikan beberapa soalan kuiz dan aktiviti secara berkumpulan. Selain itu, pelajar juga diberikan peluang menjawab soalan-soalan rawak dari petugas berkenaan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan hadiah. Pelajar juga didedahkan kepada kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet selain di Perpustakaan Desa Kampung Raja dan di Pusat Komuniti Desa Bukit Kepong. Program kerjasama antara tiga agensi ini mendapat sambutan yang amat baik dari para pelajar yang terlibat selain guru-guru yang sentiasa menyokong matlamat Pusat Internet secara keseluruhannya.
Tarikh | : 08 November 2018 |
Masa | : 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : En. Muhamad Hazmel Bin Basiren |
Tujuan
Tujuan latihan dijalankan adalah untuk mendidik dan memahirkan peserta menguruskan dokumentasi dengan lebih cekap dan berkesan berdasarkan sistem pemfailan.
Aktiviti
Latihan dimulakan dengan mendedahkan peserta kepada sistem pemfailan mengikut kategori dan bahagian-bahagian tertentu. Peserta diajarkan mengenalpasti dan menyusun sebarang jenis dokumentasi mengikut bahagia-bahagian tertentu sebelum dikategorikan ke dalam fail yang disediakan. Peserta juga dididik menguruskan dokumentasi berkaitan tuntutan perbelanjaan terhadap syarikat yang merangkumi resit pembayaran dan dokumen atau borang tuntutan sebelum dimajukan kepada pihak atasan serta difailkan.