Tarikh : 06 & 07 Mac 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

 

Tujuan

Kelas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, Power Point dan Excel melalui menu-menu tertentu

Aktiviti

Sebagai permulaan kelas, para pelajar diberikan penerangan berkenaan kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penerangan keselamatan data peribadi dan contoh-contoh kes yang berisiko kepada pengguna atas talian. Para pelajar juga diberikan sedikit taklimat berkaitan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta sumbangannya kepada masyarakat. Seterusnya para pelajar diberikan pengenalan dan penerangan berkaitan Microsoft office termasuk Microsoft Office Word, Excel dan Power Point dan fungsinya mengikut kesesuaian bagi sesuatu tugasan. Pada hari pertama kelas, para pelajar didedahkan kepada perisian Microsoft Office Word yang mana para pelajar diajarkan fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan teknik mengaplikasikan fungsi tersebut ke dalam tugasan yang diberikan. Pelajar juga diajarkan secara langkah demi langkah dan diberikan penilaian di akhir topic. Seterusnya para pelajar didedahkan pula kepada perisian Microsoft Office Power Point dimana para pelajar diterangkan fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut dan diberikan peluang untuk mengaplikasikannya ke dalam tugasan yang diberikan. Pada hari kedua kelas, para pelajar diberikan penerangan dan pendedahan kepada perisian Microsoft Office Excel dimana para pelajar diberikan pendedahan kepada fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan mengaplikasikan fungsi-fungsi tersebut dengan diajarkan secara langkah demi langkah. Para pelajar diberikan penilaian di akhir kelas.

Gambar di sini

 Tarikh : 05 Mac 2019
 Masa : 4.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada sumber teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat iaitu platform maklumat yang sangat membantu dalam proses pembelajaran para pelajar.

Aktiviti

Sebagai permulaan, para pelajar didedahkan kepada kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Online Grooming yang digambarkan melalui contoh-contoh kes yang pernah terjadi di Malaysia. Seterusnya para pelajar diperkenalkan kepada gedung maklumat atas talian melalui carian Google dan diajarkan teknik-teknik mendapatkan maklumat bagi topic pembelajaran Kosa Kata sebelum menggunakan maklumat tersebut dalam penyiapan tugasan persekolahan. Para pelajar diajarkan secara langkah demi langkah dari mengenalpasti makna perkataan yang diperlukan sehingga ke mengenalpasti ketepatan maklumat yang telah dipilih sebagai bahan pembelajaran yang diperlukan.

Gambar di sini

 Tarikh : 19 Mac 2019
 Masa : 8.00 Pagi - 4.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Menengah, Wanita dan Usahawan.

 

1. BENGKEL KEUSAHAWANAN

Tujuan

Bengkel Keusahawanan ini dijalankan bertujuan meransang dan mendidik peserta untuk memanfaatkan kemudahan teknologi ICT masa kini dalam sebarang aktiviti keusahawanan termasuk pembangunan, pengiklanan dan promosi sesuatu produk.

Aktiviti

Bengkel Keusahawanan ini adalah merupakan titik permulaan bagi Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja 2019 yang mana ianya merangkumi aktiviti suntingan risalah perniagaan (Flyers Editing) yang dijalankan melalui perisian Wordershare Filmora. Para peserta dikehendaki mengenalpasti sebarang imej yang bersesuaian dengan perniagaan dan melakukan suntingan terhadap imej tersebut sebelum dimuat naik ke Myshop Dashboard Komuniti. Hasil kerja setiap peserta akan dinilai dan diberikan pemarkahan di akhir sesi kelas.

2. BENGKEL KENALI BISNESKU

Tujuan

Bengkel Kenali Bisnesku ini dijalankan bertujuan meransang dan mendidik peserta untuk memanfaatkan kemudahan teknologi ICT masa kini dalam sebarang aktiviti keusahawanan termasuk pengiklanan dan promosi sesuatu produk.

Aktiviti

Bengkel Kenali Bisnesku ini adalah merupakan rentetan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempenan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja 2019 yang mana ianya merangkumi aktiviti mencipta video keusahawanan menerusi telefon pintar yang dimiliki setiap peserta yang mana dijalankan melalui perisian Movie Editor. Para peserta dikehendaki mengenalpasti sebarang imej yang bersesuaian video yang bakal dicipta dan melakukan suntingan terhadap imej-imej tersebut tersebut sebelum diolah menjadi sebuah video. Hasil kerja setiap peserta akan dinilai dan diberikan pemarkahan mengikut kreativiti dan daya tarik yang bersesuaian.

3. LATIHAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN - MENCIPTA BUNGA TELUR CENGKERANG

Tujuan

Latihan Kemahiran Keusahawanan Mencipta Bunga Telur Cengkerang ini dijalankan bertujuan meransang dan mendidik peserta agar menjadi komuniti yang kreatif dan berinovasi dalam mencipta sesuatu kraftangan yang berpotensi dalam menambahkan pendapatan isirumah.

Aktiviti

Latihan Kemahiran Keusahawanan Mencipta Bunga Telur Cengkerang ini adalah merupakan rentetan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempenan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja 2019 yang mana ianya merangkumi aktiviti mencipta Kraf Bunga Telur Cengkerang daripada bahan terpakai. Sesi ini menjemput khas seorang usahawan kraf tempatan yang berjaya sebagai tenaga pengajar yang mana para peserta diajarkan secara langkah demi langkah proses mencipta Bunga Telur Cengkerang tersebut bermula dari proses penyediaan peralatan dan perkakasan, menyediakan bahan, menyulam dan mewarna.

4. PERTANDINGAN MENGARANG ARTIKEL MYKOMUNITI

Tujuan

Pertandingan Mengarang Artikel MyKomuniti dijalankan bertujuan menggalakkan dan merangsang peserta agar lebih kreatif mencetuskan idea bernas berkaitan Internet sekaligus melahirkan generasi yang berfikiran yang kreatif dan terbuka.

Aktiviti

Pertandingan Mengarang Artikel MyKomuniti ini adalah merupakan rentetan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempenan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja 2019 yang mana ianya merangkumi aktiviti mencipta artikel berkaitan Internet termasuk fungsi dan sumbangannya. Peserta diminta mengarang artikel yang bernas dan berkualiti sebelum diminta memuat naik artikel tersebut ke aplikasi MyKomuniti masing-masing. Pemarkahan diberikan diakhir sesi dan para peserta diberikan sijil penyertaan pertandingan dan dijamu dengan jamuan ringan yang disediakan.

Gambar di sini

 Tarikh : 04 Mac 2019
 Masa : 4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS & Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Pemantapan Bahasa Melayu ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran Bahasa Melayu khusus untuk pelajar peringkat awal kanak-kanak dengan melatih pelajar menggunakan latihan-latihan tertentu sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar seawalnya diterapkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pendedahan kepada aplikasi Dashboard Komuniti. Seterusnya pelajar diajar dan didedahkan kepada teknik penggunaan suku kata dengan betul dan mengeja sesuatu perkataan melalui modul latihan yang disediakan. Melalui modul latihan tersebut, para pelajar diminta melaksanakan sesuatu tugasan berdasarkan modul yang telah dipelajari dan menyiapkan latihan tersebut dengan penilaian yang diberikan diakhir kelas.

Gambar di sini

 Tarikh : 20 Mac 2019
 Masa : 7.30 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS Zon Bukit Kepong, Pelajar Sekolah Rendah, Wanita, Belia, Usahawan dan Komuniti Bukit Kepong secara keseluruhannya.

 

Tujuan

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 ini dijalankan bertujuan memperkenalkankan kepada komuniti terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet. Ianya juga secara langsung telah mendedahkan aplikasi Dashboard Komuniti secara keseluruhannya dan membawa mesej Pusat Internet sebagai agen atau suatu pusat sehenti yang membantu dalam agenda pembangunan komuniti secara keseluruhannya.

Aktiviti

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 ini dijalankan se-awal jam 7.30 pagi dimana telah dijalankan aktiviti senamrobik secara beramai-ramai yang melibatkan komuniti setempat. Rentetan daripada itu, dijalankan juga aktiviti sukaneka kategori terbuka dan berpasangan yang menceriakan suasana di hari program. Sementara itu, dijalankan serentak ialah aktiviti pemeriksaan kesihatan MyHealth secara percuma yang dikelolakan secara kerjasama oleh pihak KOSPEN dan skuad Pusat Internet yang dilantik yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah selain suntikan Vaksin TB yang dikelolakan oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Lenga. Selain daripada itu, diadakan juga booth dan pameran dari agensi-agensi yang dijemput antaranya RISDA Daerah Muar, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Muar, Agrobank Cawangan Labis dan Ar-Rahnu YaPIEM Cawangan Bukit Gambir selain dibuka juga CarBoothSale oleh peniaga-peniaga kawasan setempat. Dalam pada itu, dijalankan juga pertandingan mencipta Origami terbuka lelaki dan wanita yang menghangatkan lagi suasana sebelum dijalankan pertandingan Fast Typing terbuka lelaki dan wanita serentak dengan pertandingan Silang Kata Klik Dengan Bijak (KDB) yang melibatkan pelajar Sekolah Rendah. Sekitar jam 10.15 pagi, dijalankan pula pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tabika KEMAS bagi Zon Bukit Kepong yang dilihat menceriakan suasana sebelum semua para pengunjung diberikan Taklimat Usahawan Tempatan yang terpilih dikalangan usahawan berjaya didikan Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong. Selepas itu, dijalankan pula taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang disampaikan oleh petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong sebelum tibanya ke upacara rasmi pada hari tersebut. Pada sebelah tengahari, nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Bangsa Johor bergema menandakan telah tiba saat perasmian Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 yang disusuli dengan Bacaan Doa yang diketuai oleh Imam Surau An-Nur Kampung Raja Bukit Kepong, En. Mulyadi Bin Punari. Rentetan daripada itu, Penghulu Mukim Bukit Kepong, En. Muhammad Aidil Aziz Bin Hanafi mengambil tempat memberikan taklimat dan ucapan seterusnya merasmikan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019. Selepas itu, dijalankan pula acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan serta hadiah cabuhan bertuah sebelum para pengunjung dan VIP dijamu dengan makanan tengahari yang disediakan sebelum sesi bergambar yang dijadualkan.

Gambar di sini