Tarikh : 01 Ogos 2019
 Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Tujuan latihan diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada para peserta terhadap teknik-teknik memulakan sesuatu perniagaan serta langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan kejayaan dan kelangsungan perniagaan memberikan impak kepada komuniti selain menjana pendapatan yang baik.

Aktiviti

Latihan Keusahawanan ini dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai situasi ekonomi semasa yang perlu dihadapi oleh semua peringkat umur yang mana memerlukan formula tepat bagi mengatasi bebanan tersebut. Selain teknik berbelanja dengan bijak yang harus diamalkan oleh semua individu, para peserta juga didedahkan kepada peluang menjana pendapatan melalui platform Nutrilite. Para peserta diberikan taklimat mengenai teknik memulakan sesuatu perniagaan dan menjana pendapatan melalui perniagaan selain mengukuhkan perniagaan sehingga ke peringkat yang lebih baik. Melalui modul yang digunakan, para peserta didedahkan kepada E-Perniagaan dalam konteks perniagaan dibawah platform Amway yang mana diajarkan secara menyeluruh dari cara-cara mendapatkan bekalan bahan perniagaan sehingga ke pelanggan.

Gambar di sini

 Tarikh : 25 Julai 2019
 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Wanita

 

Tujuan

Kelas Asas Website Open Source ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat serta platform maklumat yang sangat membantu dalam kehidupan masa kini.

Aktiviti

Seawal kelas peserta didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta peranan bagi setiap satunya. Seterusnya peserta diberikan sedikit penerangan berkenaan teknologi maklumat di alam siber termasuk kepentingan dan sumbangannya kepada manusia selain risiko yang perlu dihadapi oleh pengguna. Peserta diberikan penekanan terhadap aspek ketulenan dan kesahihan sesuatu laman web melalui modul Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang diberikan sebelum memulakan sesuatu tugasan. Secara langkah demi langkah, peserta diajarkan untuk mengenalpasti maklumat yang diperlukan sebelum membuat sebarang muat naik sesuatu maklumat ke laman web tertentu dan menyimpan maklumat tersebut sebelum mencetaknya sebagai bahan rujukan.

Gambar di sini

 Tarikh : 01 Julai 2019
 Masa : 10.30 Pagi - 2.30 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Komuniti Mukim Bukit Kepong

 

Tujuan

Tujuan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama komuniti secara amnya serta antara Pusat Internet dan masyarakat setempat secara khasnya selain menumpukan objektif ke arah menjadikan Pusat Internet sebagai pusat setempat bagi aktiviti dan program komuniti. Selain itu, aktiviti ini juga dijalankan bagi mengimarahkan aktiviti keagamaan seperti bacaan doa dan Marhaban di Pusat Internet disamping sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan sebagai aktiviti tahunan.

Aktiviti

Jamuan Hari Raya Aidilfitri dimulai dengan kehadiran dan pendaftaran para peserta seawal jam 10.00 pagi sebelum dijalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma melalui Modul MyHealth dengan serba sedikit pererangan tentang Dashboard Komuniti dan Kesihatan. Aktiviti diteruskan dengan taklimat ringkas berkenaan kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang disampaikan oleh Pengurus Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong sebelum diteruskan dengan laungan Marhaban secara beramai-ramai. Aktiviti diteruskan dengan persembahan Nazam Aidilfitri yang disampaikan oleh Kumpulan Wanita Bukit Kepong sebelum bacaan doa yang disempurnakan oleh Encik Mulyadi Bin Punari selaku Imam Surau Al-Azim Kampung Raja Bukit Kepong dan diakhiri dengan jamuan Hari Raya Aidilfiti yang dilihat sangat meriah.

Gambar di sini

 Tarikh : 11 Julai 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Wanita & Usahawan

 

Tujuan

Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk mengenalpasti masalah kesihatan peserta termasuk kesihatan kulit dan menyaran cadangan rawatan yang perlu dilakukan terhadap masalah tersebut dalam konteks penjagaan kesihatan secara keseluruhannya.

Aktiviti

Aktiviti yang diseliakan oleh Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong itu dimulakan dengan pendaftaran dan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma (MyHealth) yang mana juga dikendalikan oleh petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong. Modul gaya hidup yang sihat diterapkan melalui penerangan dan taklimat ringkas yang disampaikan oleh petugas termasuk dari aspek pemakanan yang sihat, sosial dan gaya hidup, senaman, aspek kebersihan serta pengambilan produk-produk kesihatan yang selamat dan berkualiti. Aktiviti diteruskan dengan taklimat kesihatan yang disampaikan oleh Petugas Amway yang diselang-selikan dengan demonstrasi kesihatan serta produk-produk dari Amway yang dilihat sangat berkualiti dan dijamin selamat untuk digunakan. Aktiviti kemuncak ialah pemeriksaan dan analisis kesihatan yang dijalankan menggunakan alat khas iaitu Quantum Body Scanner yang mampu menganalisis pelbagai jenis penyakit di dalam tubuh manusia dan cadangan rawatan serta pengambilan nutrisi yang bersesuaian. Di akhir aktiviti para peserta dijamu dengan menu makan tengahari yang disediakan.

Gambar di sini

 Tarikh : 20 Jun 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Usahawan Dan Wanita

 

Tujuan

Tujuan penganjuran latihan ini adalah untuk mendidik dan menerapkan budaya penyediaan dan pemakanan dengan cara yang sihat kepada para peserta serta mementingkan kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan sesuatu makanan dalam usaha pengamalan gaya hidup yang sihat.

Aktiviti

Bengkel yang diseliakan oleh seorang tenaga pengajar dari NUTRILITE ini dimulakan dengan penerangan ringkas kepada pengamalan pemakanan sihat dengan diet yang bersesuaian dan mudah untuk dilaksanakan. Berbekalkan peralatan dan perkakasan masakan tertentu, sesuatu menu masakan mampu diolah menjadi menu masakan sihat seperti penyediaan makanan tanpa minyak antaranya. Di bengkel kali ini, tenaga pengajar mengetengahkan masakan Ayam Bakar, Kek Coklat dan Kentang Goreng tanpa menggunakan sebarang minyak. Segala teori yang diberikan disusuli dengan praktikal dengan penekanan kepada aspek kebersihan yang menjadi keutamaan. Selain itu, tenaga pengajar juga berkesempatan memberikan taklimat tentang kesihatan dan makanan tambahan terbaik yang perlu diambil selain pengamalan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Bengkel diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan.

Gambar di sini