Tarikh : 01 Julai 2019
 Masa : 10.30 Pagi - 2.30 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Komuniti Mukim Bukit Kepong

 

Tujuan

Tujuan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama komuniti secara amnya serta antara Pusat Internet dan masyarakat setempat secara khasnya selain menumpukan objektif ke arah menjadikan Pusat Internet sebagai pusat setempat bagi aktiviti dan program komuniti. Selain itu, aktiviti ini juga dijalankan bagi mengimarahkan aktiviti keagamaan seperti bacaan doa dan Marhaban di Pusat Internet disamping sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan sebagai aktiviti tahunan.

Aktiviti

Jamuan Hari Raya Aidilfitri dimulai dengan kehadiran dan pendaftaran para peserta seawal jam 10.00 pagi sebelum dijalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma melalui Modul MyHealth dengan serba sedikit pererangan tentang Dashboard Komuniti dan Kesihatan. Aktiviti diteruskan dengan taklimat ringkas berkenaan kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang disampaikan oleh Pengurus Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong sebelum diteruskan dengan laungan Marhaban secara beramai-ramai. Aktiviti diteruskan dengan persembahan Nazam Aidilfitri yang disampaikan oleh Kumpulan Wanita Bukit Kepong sebelum bacaan doa yang disempurnakan oleh Encik Mulyadi Bin Punari selaku Imam Surau Al-Azim Kampung Raja Bukit Kepong dan diakhiri dengan jamuan Hari Raya Aidilfiti yang dilihat sangat meriah.

Gambar di sini