Tarikh | : 05 Januari 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih para pelajar memanfaatkan teknologi ICT masa kini dalam melaksanakan sesuatu tugasan merangkumi suntingan imej dan dokumen melalui aplikasi Canva.com.
Aktiviti
Sebagai permulaan kelas, peserta diperkenalkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul-modul tertentu dengan contoh-contoh kes yang berlaku di Malaysia. Seterusnya peserta didedahkan kepada teknik mengenalpasti sesuatu imej dan data yang dikehendaki dan kemudiannya diajarkan menyunting imej dan data yang bersesuaian ke dalam tugasan peserta melalui aplikasi Canva.com melalui menu-menu yang tersedia. Peserta kemudiannya diajarkan teknik menambahbaik tugasan tersebut melalui kreativiti masing-masing dengan penekanan aspek kekemasan dan unsur-unsur yang dikehendaki di dalam tugasan tersebut sebelum menyimpan tugasan tersebut malalui menu Save.
Tarikh | : 05, 06 & 08 Disember 2019 |
Masa | : 3.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, Power Point dan Excel melalui menu-menu yang tersedia di dalam aplikasi berkenaan.
Aktiviti
Sebagai permulaan kelas, para pelajar diberikan penerangan berkenaan kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penerangan keselamatan data peribadi dan contoh-contoh kes yang berisiko kepada pengguna atas talian. Para pelajar juga diberikan sedikit taklimat berkaitan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta sumbangannya kepada masyarakat. Seterusnya para pelajar diberikan pengenalan dan penerangan berkaitan Microsoft office termasuk Microsoft Office Word, Excel dan PowerPoint serta fungsinya mengikut kesesuaian bagi sesuatu tugasan. Para pelajar didedahkan kepada perisian Microsoft Office Word yang mana para pelajar diajarkan fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan teknik mengaplikasikan fungsi tersebut ke dalam tugasan yang diberikan. Pelajar juga diajarkan secara langkah demi langkah dan diberikan penilaian di akhir topic. Sementara di Kelas Microsoft Office Excel pula, para pelajar diberikan penerangan dan pendedahan kepada perisian Microsoft Office Excel dimana para pelajar diberikan pendedahan kepada fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan mengaplikasikan fungsi-fungsi tersebut dengan diajarkan secara langkah demi langkah. Selain daripada itu, para pelajar didedahkan juga kepada perisian Microsoft Office Power Point dimana para pelajar diterangkan fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut dan diberikan peluang untuk mengaplikasikannya ke dalam tugasan yang diberikan. Para pelajar diberikan penilaian disetiap akhir kelas.
Tarikh | : 20 Disember 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi -12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Tabika KEMAS & Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar disamping menjadikan persekitaran ICT yang sihat dan selamat dalam usaha menjadi pengguna ICT yang bijak dan berketerampilan.
Aktiviti
Di permulaan aktiviti, para pelajar diberikan taklimat berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan secara keseluruhannya. Sebagai permulaan, para pelajar menjalani pertandingan Fast Typing yang mana dijalankan sebanyak tiga pusingan dan pemarkahan diambil berdasarkan jumlah patah perkataan yang ditaip dengan betul dalam masa yang telah ditetapkan. Seterusnya dijalankan pula Pertandingan Quizizz Advokasi dengan bijak (KDB) yang mana para pelajar perlu menjawab soalan-soalan berkaitan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) secara atas talian berdasarkan soalan-soalan yang telah ditetapkan petugas di Quizizz.com. Pemarkahan diambil berdasarkan jumlah jawapan yang betul dan kepantasan para pelajar dalam menjawab soalan tersebut. Sebagai pertandingan berkumpulan pula, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani Pertandingan Musang Berjanggut yang menuntut setiap kumpulan untuk mengasingkan campuran kacang-kacang mengikut jenis. Pemarkahan diambil berdasarkan kepantasan kumpulan menyiapkan tugasan tersebut. Seterusnya dijalankan pula Pertandingan Cup Challenge dimana para pelajar perlu menterbalikkan cawan plastic yang disusun secara panjang dengan melompat dari satu cawan ke cawan yang lain. Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang terpantas. Sebagai pertandingan terakhir, para pelajar menjalani Pertandingan Lompat Gegelung yang menuntut setiap ahli kumpulan melompat ke dalam gelung yang telah disusun mengikut cabaran tertentu dan kumpulan terpantas yang berjaya melepasi gelung terakhir dikira sebagai pemenang pertandingan. Sebagai kemuncak aktiviti, para pelajar menjalani sesi penyampaian hadiah bagi setiap pemenang pertandingan dan kuiz yang dijalankan sebelum sesi bergambar secara beramai-ramai.
Tarikh | : 21 Disember 2019 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada sumber teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat iaitu platform maklumat yang sangat membantu dalam proses pembelajaran para pelajar.
Aktiviti
Sebagai permulaan, para pelajar didedahkan kepada kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Online Grooming yang digambarkan melalui contoh-contoh kes yang pernah terjadi di Malaysia. Seterusnya para pelajar diperkenalkan kepada sumber maklumat atas talian melalui carian Google dan diajarkan teknik-teknik mendapatkan maklumat bagi topic pembelajaran yang diperlukan sebelum menggunakan maklumat tersebut dalam penyiapan tugasan persekolahan. Para pelajar diajarkan secara langkah demi langkah dari mengenalpasti maklumat yang diperlukan sehingga ke proses mengambil maklumat yang telah dipilih sebagai bahan pembelajaran yang diperlukan.
Tarikh | : 11 Disember 2019 |
Masa | : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Petugas Perpustakaan Desa Kampung Raja Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan kelas dijalankan adalah untuk mendedahkan peserta kepada teknologi komunikasi berkesan masa kini melalui modul media social dan sumbangannya kepada manusia termasuk mempelajari teknik-teknik untuk mencipta akaun pengguna dan mengaplikasikannya.
Aktiviti
Di dalam kelas tersebut, peserta pada awalnya diterangkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan contoh-contoh kes yang pernah berlaku di Malaysia. Seterusnya peserta diperkenalkan kepada jenis-jenis komunikasi masa kini dan fungsi-fungsinya serta kesesuaian dalam tujuan penggunaannya. Seterusnya peserta didedahkan kepada teknik mencipta akaun page Facebook melalui menu-menu dan fungsi-fungsi tertentu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut dan diajar mencipta sesuatu “Posting” baru sebelum mempamerkannya kepada umum.