Tarikh | : 12 September 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja, Bukit Kepong |
Peserta | : Belia, Wanita & Dewasa |
Tujuan
Tujuan latihan diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada para peserta terhadap situasi ekonomi pada masa sekarang dan cabaran kelangsungan hidup masa kini serta kaedah-kaedah mengatasi permasalahan tersebut melalui teknik berbelanja dengan bijak.
Aktiviti
Latihan Keusahawanan ini dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai situasi ekonomi semasa yang perlu dihadapi oleh semua peringkat umur yang mana memerlukan formula tepat bagi mengatasi bebanan tersebut. Melalui formula dan teknik perbelanjaan bijak yang dianjurkan, para peserta didedahkan kepada cabaran untuk berfikir dengan lebih kritis berkenaan perbelanjaan bulanan yang mana selain mampu menjimatkan kos ianya juga mampu menjana pendapatan sekaligus mampu menampung kos sara hidup semasa.
Tarikh | : 15hb, 21hb, 22hb & 23hb Ogos 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Menggalakkan Remaja Terus aktif dengan Pusat Internet, aktiviti kreatif untuk remaja. Membantu remaja mahir menggunakan aplikasi yang betul bagi mendapatkan hasil kerja yang kreatif.
Aktiviti
Pada awalnya, petugas memberi penerangan tentang pertandingan poster yang bertemakan Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital. Peserta seterusnya diperkenalkan kepada aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan untuk mencipta dan menyunting poster. Sesi kelas diteruskan dengan pengenalan kepada CANVA, PowerPoint dan Adobe Photoshop. Peserta didedahkan kepada menu-menu yang tersedia dan teknik mengaplikasikan menu tersebut sebelum diberikan peluang mencipta poster yang dikehendaki mengikut keperluannya. Peserta diajarkan secara langkah demi langkah dengan penekanan kepada nilai kualiti dan kreativiti sehingga terciptanya poster yang dikehendaki.
Tarikh | : 5hb, 7hb,13hb Ogos 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Usahawan IKS |
Tujuan
Tujuan latihan diadakan adalah untuk membantu peniaga atau peserta menggunakan shopee sebagai platform berniaga dan meluaskan pasaran untuk menambah pendapatan selaras dengan Pertandingan Usahawan Baru Online yang dianjurkan oleh PI sebagai alternatif mengantikan hari bersama komuniti (HBK).
Aktiviti
Latihan Keusahawanan ini dimulakan dengan penerangan Pertandingan Usahawan Baru Online. Peserta diberi tunjuk ajar menjadi peniaga Shopee yang mana diajarkan secara menyeluruh merangkumi persediaan kedai, memasarkan kedai, cara menghantar pesanan, mengurus kewangan dan langkah-langkah pendaftaran shopee. Peserta juga diberi cara mengambil gambar produk yang betul.
Tarikh | : 27 Ogos 2020 |
Masa | : 2.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia, Wanita & Dewasa |
Tujuan
Menggalakkan komuniti terus aktif dengan Pusat Internet, merapatkan hubungan bersama organisasi Kampung dan Pusat Internet, kitar semula barangan terpakai. Memupuk Kerjasama kekeluargaan dalam menghasilkan kraftangan, dan sifat cintai Negara sempena merdeka.
Aktiviti
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan saguhati pertandingan video kraftangan merdeka dihadiri seramai 11 peserta. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu bangsa Johor, Negaraku dan jalur gemilang. Seterusnya bacaan doa oleh Imam Surau Kg Raja, iaitu En. Imam Mulyadi Ponari. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil yang menyertai bengkel shopee. Majlis diteruskan dengan aktiviti kemerdekaan iaitu pertandingan kuiz kahoot kemerdekaan, dan pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan. Selepeas itu, keputusan pertandingan kraftangan merdeka yang mendapat ‘LIKE’ terbanyak dikira sebagai pemenang, seramai 10 peserta yang menyertai pertandingan video kraftangan Merdeka. Majlis penutup dengan acara cabutan bertuah. Majlis berjalan dengan lancar.
Tarikh | : 26 Ogos 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : General Manger TM |
Tujuan
Lawatan General Manager TM ke PI kg Raja Bukit Kepong Bagi membuat penilaian dan perbincangan bagi penambahbaikan latihan PI.
Aktiviti
Didahului kedatangan Tn.Hj Anuar, kemudian Tuan General Manager. Petugas PI memberi keterangan pengenalan PI Kg Raja melalui slaid pembentangan. Perbincangan dan pendapat yang dilontarkan oleh General Manager menjadikan topik tujuan beliau dalam menambahbaikkan PI.