Tarikh : 27 Ogos 2020 
 Masa : 2.30 Petang - 5.30 Petang 
 Lokasi : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong
Peserta  : Belia, Wanita & Dewasa

 

Tujuan

Menggalakkan komuniti terus aktif dengan Pusat Internet, merapatkan hubungan bersama organisasi Kampung dan Pusat Internet, kitar semula barangan terpakai. Memupuk Kerjasama kekeluargaan dalam menghasilkan kraftangan, dan sifat cintai Negara sempena merdeka.

Aktiviti

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan saguhati pertandingan video kraftangan merdeka dihadiri seramai 11 peserta. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu bangsa Johor, Negaraku dan jalur gemilang. Seterusnya bacaan doa oleh Imam Surau Kg Raja, iaitu En. Imam Mulyadi Ponari. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil yang menyertai bengkel shopee. Majlis diteruskan dengan aktiviti kemerdekaan iaitu pertandingan kuiz kahoot kemerdekaan, dan pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan. Selepeas itu, keputusan pertandingan kraftangan merdeka yang mendapat ‘LIKE’ terbanyak dikira sebagai pemenang, seramai 10 peserta yang menyertai pertandingan video kraftangan Merdeka. Majlis penutup dengan acara cabutan bertuah. Majlis berjalan dengan lancar.

Gambar di sini.