Tarikh | : 15hb, 21hb, 22hb & 23hb Ogos 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Menggalakkan Remaja Terus aktif dengan Pusat Internet, aktiviti kreatif untuk remaja. Membantu remaja mahir menggunakan aplikasi yang betul bagi mendapatkan hasil kerja yang kreatif.
Aktiviti
Pada awalnya, petugas memberi penerangan tentang pertandingan poster yang bertemakan Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital. Peserta seterusnya diperkenalkan kepada aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan untuk mencipta dan menyunting poster. Sesi kelas diteruskan dengan pengenalan kepada CANVA, PowerPoint dan Adobe Photoshop. Peserta didedahkan kepada menu-menu yang tersedia dan teknik mengaplikasikan menu tersebut sebelum diberikan peluang mencipta poster yang dikehendaki mengikut keperluannya. Peserta diajarkan secara langkah demi langkah dengan penekanan kepada nilai kualiti dan kreativiti sehingga terciptanya poster yang dikehendaki.