Tarikh | : 8hb & 10hb Julai 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia & Wanita |
Tujuan
Kelas pembuatan label bekas makanan ini bertujuan untuk mengajar peserta membuat label sendiri secara DIY, tanpa perlu membeli. Serta mengajar peserta cara menggunakan komputer melalui pembuatan ayat label.
Aktiviti
Di permulaan latihan, Petugas Pusat Internet mengambil tempat dimana para peserta diberikan penerangan berkenaan Pusat Internet termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kursus-kursus serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa di Pusat Internet. Peserta menggunakan Microsoft word bagi menaip label sticker, bagi mendapatkan tulisan yang cantik, peserta menggunakan aplikasi dafon.com. Selepas itu, peserta diajar cara menggunakan printer dan cara untuk menampal sticker pada bekas makanan.