Tarikh | : 9 Julai 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan adalah bertujuan untuk mempelajari dan mengulangkaji pembelajaran dengan menggunakan pencarian di internet dan dibantu oleh petugas PI.
Aktiviti
Sebagai permulaan, para pelajar didedahkan kepada kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Online Grooming yang digambarkan melalui contoh-contoh kes yang pernah terjadi di Malaysia. Seterusnya, para pelajar membuat kerja yang diberi oleh cikgu sekolah dan membuat pencarian maklumat di internet serta dibantu oleh petugas PI.
Tarikh | : 25 Julai 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Usahawan IKS |
Tujuan
Tujuan latihan diadakan adalah untuk membantu peniaga atau peserta menggunakan shopee sebagai platform berniaga dan meluaskan pasaran untuk menambah pendapatan selaras dengan Pertandingan Usahawan Baru Online yang dianjurkan oleh PI sebagai alternative mengantikan hari bersama komuniti (HBK).
Aktiviti
Latihan Keusahawanan ini dimulakan dengan penerangan Pertandingan Usahawan Baru Online. Peserta diberi tunjuk ajar menjadi peniaga Shopee yang mana diajarkan secara menyeluruh merangkumi persediaan kedai, memasarkan kedai, cara menghantar pesanan, mengurus kewangan dan langkah-langkah pendaftaran shopee. Peserta juga diberi cara mengambil gambar produk yang betul.
Tarikh | : 18hb & 24hb Julai 2020 |
Masa | : 3.00 Petang- 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia, Wanita |
Tujuan
Kelas Multimedia Editing Filmora ini dijalankan bertujuan memperkenal dan melatih peserta dalam mencipta dan menyunting sesuatu video melalui imej-imej yang dikehendaki.
Aktiviti
Pada awalnya, petugas memberi penerangan tentang pertandingan video kraftangan merdeka yang akan berlansung pada bulan ogos 2020. Peserta seterusnya diperkenalkan kepada aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan untuk mencipta dan menyunting sesuatu video serta contoh hasil video yang telah tercipta. Sesi kelas diteruskan dengan pengenalan kepada aplikasi Filmora yang dilihat kian popular digunakan untuk mencipta sesuatu video. Peserta didedahkan kepada menu-menu yang tersedia dan teknik mengaplikasikan menu tersebut sebelum diberikan peluang mencipta video yang dikehendaki mengikut keperluannya. Peserta diajarkan secara langkah demi langkah dengan penekanan kepada nilai kualiti dan kreativiti sehingga terciptanya video yang dikehendaki. Selain penggunaan PC peserta juga memuat naik aplikasi melalui telefon pintar.
Tarikh | : 8hb & 10hb Julai 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia & Wanita |
Tujuan
Kelas pembuatan label bekas makanan ini bertujuan untuk mengajar peserta membuat label sendiri secara DIY, tanpa perlu membeli. Serta mengajar peserta cara menggunakan komputer melalui pembuatan ayat label.
Aktiviti
Di permulaan latihan, Petugas Pusat Internet mengambil tempat dimana para peserta diberikan penerangan berkenaan Pusat Internet termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kursus-kursus serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa di Pusat Internet. Peserta menggunakan Microsoft word bagi menaip label sticker, bagi mendapatkan tulisan yang cantik, peserta menggunakan aplikasi dafon.com. Selepas itu, peserta diajar cara menggunakan printer dan cara untuk menampal sticker pada bekas makanan.
Tarikh | : 19 Jun 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 5 .00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia |
Tujuan
Tujuan latihan keusahawanan ini dijalankan adalah untuk mendedah dan memahirkan peserta mencipta sebuah kertas kerja bagi sesuatu permulaan perniagaan melalui aplikasi Microsoft Office Word dan belajar membuat label produk melalui publisher dan canva.
Aktiviti
Latihan dimulakan dengan mendedahkan peserta kepada jenis-jenis kertas kerja dan mengenalpasti jenis kertas kerja yang ingin dicipta mengikut format tertentu. Peserta juga didedah dan diterangkan kepada fungsi-fungsi menu yang tersedia di aplikasi Microsoft Office Word sebelum memulakan latihan. Secara langkah demi langkah, peserta diajarkan mencipta kertas kerja tersebut dengan mengaplikasikan menu-menu tertentu sehingga tercipta sepenuhnya kertas kerja yang diinginkan.Peserta juga diajar membuat label produk menggunakan publisher dan canva.com.