Tarikh : 19 Jun 2020 
 Masa : 3.00 Petang - 5 .00 Petang
 Tempat  : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong
 Peserta : Belia

 

Tujuan

Tujuan latihan keusahawanan ini dijalankan adalah untuk mendedah dan memahirkan peserta mencipta sebuah kertas kerja bagi sesuatu permulaan perniagaan melalui aplikasi Microsoft Office Word dan belajar membuat label produk melalui publisher dan canva.

Aktiviti

Latihan dimulakan dengan mendedahkan peserta kepada jenis-jenis kertas kerja dan mengenalpasti jenis kertas kerja yang ingin dicipta mengikut format tertentu. Peserta juga didedah dan diterangkan kepada fungsi-fungsi menu yang tersedia di aplikasi Microsoft Office Word sebelum memulakan latihan. Secara langkah demi langkah, peserta diajarkan mencipta kertas kerja tersebut dengan mengaplikasikan menu-menu tertentu sehingga tercipta sepenuhnya kertas kerja yang diinginkan.Peserta juga diajar membuat label produk menggunakan publisher dan canva.com.

Gambar di sini