Tarikh :1 Mac 2020
Masa :9.00 Pagi - 2.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong
Peserta :Belia dan Lepasan SPM

 

Tujuan

Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih peserta memanfaatkan teknologi ICT masa kini dalam melaksanakan sesuatu tugasan merangkumi suntingan imej dan dokumen melalui aplikasi Adobe Photoshop.

Aktiviti

Sebagai permulaan kelas, peserta diperkenalkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul-modul tertentu dengan contoh-contoh kes yang diberikan. Seterusnya peserta didedahkan kepada teknik mengenalpasti sesuatu imej dan data yang dikehendaki dan kemudiannya diajarkan menyunting imej dan data yang bersesuaian ke dalam tugasan peserta melalui aplikasi Adobe Photoshop. Peserta kemudiannya diajarkan teknik menambahbaik tugasan tersebut dengan penekanan aspek kekemasan dan unsur-unsur yang dikehendaki di dalam tugasan tersebut sebelum menyimpan tugasan tersebut malalui menu Save.

Gambar di sini