Tarikh | : 23 Oktober 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran pelajar secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti Uptoten.com dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran para pelajar.
Aktiviti
Sebagai permulaan, para pelajar diperkenal dan didedahkan kepada asas perkakasan computer merangkumi Dekstop, Papan Kekunci dan Tetikus serta fungsi dan cara penggunaannya. Seterusnya para pelajar didedahkan pula kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu Uptoten.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran kanak-kanak. Seterusnya para pelajar didedahkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut para pelajar menjawab persoalan-persoalan berbentuk animasi berkaitan dengan sesuatu topik pembelajaran. Melalui pembelajaran ini juga, keterampilan para pelajar akan dinilai berdasarkan segmen pendengaran, kefahaman, ejaan, pengiraan dan sebagainya. Model pembelajaran berteraskan audio dan visual animasi menjadikan suasana pembelajaran yang ceria dan menarik minat para pelajar.
Tarikh | : 18 Oktober 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas asas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta menggunakan word di bahagian home, insert serta cara menaip dengan betul.
Aktiviti
Para Pelajar diajar berkaitan perkakasan komputer seperti papan kekunci, tetikus. Mengenali fungsi-fungsi papan kekunci dan cara menggunakannya.Seterusnya para pelajar di beri tugasan untuk menaip dengan menggunakan word. Petugas PI juga mengajar fungsi yang ada di Microsoft word iaitu insert, home, page layout dan bahagian design.
Tarikh | : 4 Oktober 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Jabatan Perangkaan Muar, Penghulu Mukim Bukit Kepong & Penyelia Banci |
Tujuan
Selaras dengan kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia, pengumpulan maklumat banci secara atas talian (online) diperkenalkan menerusi Portal Banci dan aplikasi mudah alih. Bagi melengkapkan borang e-Census Jabatan Perangkaan Muar, Pejabat Daerah Muar bekerjasama dengan Penghulu Mukim Bukit Kepong bagi membuat taklimat cara pendaftaran e-census yang betul.
Aktiviti
Taklimat di mulakan dengan ucapan oleh Penolong Pegawai Daerah Muar, dan seterusnya taklimat mengenai e-census oleh pegawai dari jabatan perangkaan Muar. Penyelia-penyelia yang dilantik di kawasan Bukit Kepong di beri tunjuk ajar cara mengisi boring secara atas talian.
Tarikh | : 22 Oktober 2020 |
Masa | : 12.00 Tengahari - 2.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Guru KEMAS Zon Kepong |
Tujuan
Aktiviti ini, adalah satu platform sukarelawan ICT (MIV) bagi membina pembangunan literasi digital yang mampan serta dapat membangunkan komuniti yang celik ICT. Selain itu, kempen “ Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong”.
Aktiviti
Para guru dari 9 buah tabika KEMAS Zon Kepong telah mendaftarkan diri. Permulaan aktiviti, Pengurus PI iaitu Pn. Noor Edayati memberikan pengenalan tentang perkhidmatan PI, pengenalan MIV. Seterusnya penerangan tentang Advokasi Klik Dengan Bijak seperti slot risiko dalam talian, oversharing, maklumat palsu, penipuan kewangan, hak tanggungjawab & perlindungan, kawal selia kendiri dan Grooming. Setelah slot diberi, tayangan video klik dengan bijak juga dipamerkan. Selepas itu, para peserta diakhiri dengan soalan kuiz, untuk menguji sejauhmana kefahaman mereka tentang slot yang diberikan. Kuiz Klik dengan Bijak melalui Quizizz.com.
Tarikh | : 4 Oktober 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar SPM & Lepasan Sekolah |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Power Point untuk menghasilkan pembentangan yang menarik. Asas teknologi maklumat dengan membuat emel dan melalui aplikasi canva.com agar memahirkan pelajar dalam menjadikan lagi individu yang kreativiti dengan mengunakan ICT.
Aktiviti
Sebagai permulaan kelas, para pelajar diberikan penerangan berkenaan kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penerangan keselamatan data peribadi dan contoh-contoh kes yang berisiko kepada pengguna atas talian. Selain daripada itu, para pelajar didedahkan juga kepada perisian Microsoft Office Power Point dimana para pelajar diterangkan kepada fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut dan diberikan peluang untuk mengaplikasikannya ke dalam tugasan yang diberikan berdasarkan arahan demi arahan beserta tujuk ajar secara langkah demi langkah. Diperingkat akhir para pelajar diberikan peluang untuk menambahbaik serta memasukkan nilai kreativiti masing-masing ke dalam tugasan persembahan agar lebih menarik dan kreatif. Para pelajar diberikan penilaian disetiap akhir kelas.Pembelajaran seterusnya adalah membuat akaun gmail dan membuat multimedia yang kreatif melalui canva.com.