Tarikh | : 23 Oktober 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran pelajar secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti Uptoten.com dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran para pelajar.
Aktiviti
Sebagai permulaan, para pelajar diperkenal dan didedahkan kepada asas perkakasan computer merangkumi Dekstop, Papan Kekunci dan Tetikus serta fungsi dan cara penggunaannya. Seterusnya para pelajar didedahkan pula kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu Uptoten.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran kanak-kanak. Seterusnya para pelajar didedahkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut para pelajar menjawab persoalan-persoalan berbentuk animasi berkaitan dengan sesuatu topik pembelajaran. Melalui pembelajaran ini juga, keterampilan para pelajar akan dinilai berdasarkan segmen pendengaran, kefahaman, ejaan, pengiraan dan sebagainya. Model pembelajaran berteraskan audio dan visual animasi menjadikan suasana pembelajaran yang ceria dan menarik minat para pelajar.