Tarikh  :18 & 21 Januari 2021
 Masa  :10.00 Pagi – 1.00 Tengahari
 Tempat  :Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta  :Belia dan wanita

 

Tujuan

Untuk Puan Azlein, beliau telah mengikut kursus secara atas talian, kursus bagi jawatan imegresen. Melalui laman web epsa.gov.my. Manakala untuk En. Rezuan beliau menduduki Peperiksaan dan interview bagi jawatan yang dipohon melalui aplikasi zoom.

Aktiviti

  • Dapat mendidik dan menggalakkan peserta dalam penggunaan teknologi digital masa kini dalam perlaksanaan sesuatu tugasan serta kelebihan yang diperolehi daripadanya.Dapat mempromosikan Pusat Internet melalui kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan serta latihan-latihan yang dianjurkan dari masa ke semasa.Penekanan dan pendedahan secara berterusan terhadap kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

Gambar disini.

Tarikh  : 23 Januari 2021
Masa   : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi  : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong
Peserta  : Belia dan Wanita

 

Tujuan

Dengan adanya Pandemik covid-19, pembelajaran dan aktiviti dijalankan secara online, petugas membuat kuiz melalui google form. Pendekatan pembelajaran atas talian sangat penting, agar pendidikan dapat disalurkan secara berterusan kepada komuniti.

AKtiviti

Petugas membuat soalan-soalan di google form, sebanyak 20 soalan untuk dijawap oleh peserta.Setelah soalan di siap, petugas menghantar di group whatsapp komuniti PI kg Raja. Peserta yang terawal menjawap jawapan dengan tepat dikira pemenang.

Gambar disini

Tarikh : Bulan November sehingga Disember 2020
Masa : Sepanjang Bulan November- Disember 2020
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong
Peserta  : Komuniti Bukit Kepong

 

Tujuan

PIK Kg Raja Bukit Kepong telah mengadakan kempen pengumpulan barang e-waste. Kempen tersebut berjaya mengumpulkan 119 barangan elektronik. Memberi kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan kesedaran akan tanggungjawab terhadap buangan e-waste dalam isi rumah. Dan e-waste dapat dikitar semula dengan lebih sistematik dan selamat.

Aktiviti

Pengurus dan Penolong PIK kg Raja membuat hebahan tentang kempen e-waste antaranya melalui media social facebook dan hebahan whatsapp group. Kempen berjalan selama 2 bulan bermula November sehingga hujung Disember 2020. Pengurus juga menerangkan tentang apa itu e-waste kepada komuniti dan kempen mendapat sambutan yang menggalakkan.

Gambar di sini

 Tarikh : 7 Januari 2021 
 Masa : 4.00 Petang - 6.00 Petang 
 Lokasi : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong 
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah 

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Latih Tubi Matematik ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran subjek asas Matematik seperti operasi tambah. 

Aktiviti

Permulaan kelas pelajar di ajar menggunakan teknik yang mudah dalam menyelesaikan kaedah matematik. Antara teknik di ajar ialah operasi tambah (teknik sandwich), Setiap operasi di ajar, pelajar dikehendaki menjawab 10 soalan bagi memastikan kefahaman pelajar. Seterusnya pelajar didedahkan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu Quizizz.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran pelajar. Pelajar diperkenalkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana  pelajar menjawab persoalan-persoalan yang dipaparkan sehingga selesai dan pelajar diberikan pemarkahan diakhir setiap segmen.

Gambar di sini.

 Tarikh : 18 Disember 2020
 Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan bertujuan untuk memberi ilmu asas pembelajaran Bahasa English serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti Lingohut.com dan quizizz.com dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran Bahasa Inggeris para pelajar.

Aktiviti

Pengurus PIK Kg Raja mengajar tentang beberapa topik asas dalam pembelajaran English iaitu simple present tense & past tense,verbs, personal pronouns, possessive pronouns dan conjunction. Pelajar juga menyalin nota yang di beri oleh petugas. Seterusnya para pelajar didedahkan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu Lingohut.com dan quizizz.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran kanak-kanak khususnya dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Para pelajar diperkenalkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut para pelajar menjawab persoalan-persoalan berbentuk terjemahan sesuatu perkataan di dalam Bahasa Malaysia. Melalui pembelajaran ini juga, keterampilan para pelajar akan dinilai berdasarkan segmen pendengaran, kefahaman, ejaan dan sebagainya. Model pembelajaran berteraskan audio dan visual animasi menjadikan suasana pembelajaran yang ceria dan menarik minat para pelajar.

Gambar di sini