Tarikh  : 4 Jun 2021
 Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari 
 Lokasi : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong
 Peserta : Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Dengan adanya Pandemik covid-19, pembelajaran dan aktiviti dijalankan secara online, petugas membuat kuiz melalui google form. Pendekatan pembelajaran atas talian sangat penting, agar pendidikan dapat disalurkan secara berterusan kepada komuniti.

Aktiviti

Bagi soalan kuiz petugas membuat soalan-soalan di google form, sebanyak 20 soalan untuk dijawap oleh peserta.Setelah soalan di siap, petugas menghantar di group whatsapp komuniti PI kg Raja. Peserta yang terawal menjawap jawapan dengan tepat dikira pemenang. Dan untuk soalan teka silang kata klik dengan Bijak, petugas telah membuat di page FB PIK

Gambar di sini.

 Tarikh : 25 Mei 2021
 Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
 Tempat : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas Website ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih para pelajar memanfaatkan teknologi ICT masa kini dalam melaksanakan sesuatu tugasan dengan lebih mudah dan efektif.

Aktiviti

Pelajar merupakan tahun 3 sekolah agama bukit kepong, dan mendapat arahan belajar menggunkan secara online iaitu secara google meet. Petugas PIK telah membantu dalam mengakses link ke google meet dan mengajar cara penggunaan google meet dengan secara betul dan efektif.

Gambar di sini.

 Tarikh : 21,22,23,28-29 Mei 2021
 Masa : 9.00 - 4.30
 Lokasi : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong
 Peserta : 5 pelajar sekolah rendah & 2 pelajar sekolah menengah

 

Tujuan

Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru,cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu. sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan.

Aktiviti

Seramai 7 peserta yang telah mengikuti kelas e-tuisyen dan 14 subjek telah diambil oleh para pelajar. Seramai 5 pelajar sekolah rendah dan 2 pelajar sekolah menengah. Mereka semua mengikuti kelas di Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong. Pelajar menggunakan platform online zoom.Pelajar perlu sign in email bagi mendapatkan link zoom.Kelas dijalankan dengan begitu baik, pelajar memilih pembelajaran apa yang dikehendaki dan memberi fokus kepada cikgu yang mengajar subjek tersebut. Peserta juga mendapat rujukan nota daripada cikgu tersebut. Selepas sesi kelas tamat, pelajar dikehendaki menjawap soalan maklum balas yang telah disediakan bagi tujuan dapat diperbaiki lagi kelas akan datang. 

Gambar di sini.

 Tarikh : 11 Mei 2021 
 Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari 
 Lokasi : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong 
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah 

 

Tujuan

Kelas Multimedia ini adalah bertujuan memberi pembelajaran secara digital dengan menggunakan power point dalam membuat kad raya digital.

Aktiviti

Pelajar di ajar cara membuat kad raya digital dengan menggunakan power point. Dapat melihat kreativiti pelajar dalam membuat kada raya digital tersebut. Pelajar di ajar mengambil gambar berkenaan hari raya di google chrome. Seterusnya di ajar cara copy paste dan seterusnya di ajar cara remove background, edit text serta membuat animation. Kad Raya yang lengkap pelajar telah menghantar kepada ibu bapa melalui whatsApp.

Gambar di sini.

 Tarikh : 4 - 5 April 2021
 Masa : 09.00 Pagi – 1.00 Tengahari
 Tempat : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Wanita

 

Tujuan

Pihak Innovative Learning Network (ILN) akan mengadakan Kelas Online Berbayar bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan dan meningkatkan kemahiran.

Aktiviti

Pada awal pendaftaran, peserta perlu berdaftar berbayar untuk mengikuti seminar ini. Peserta telah diberi link melalui aplikasi Zoom. Pelbagai teknik telah di ajar oleh tenaga pengajar iaitu En.Khairul (video Editor) dan Hafizadi (Video Editor). Mereka mengajar asas produksi dan videografi, 7 kemahiran penggunaan kamera, teknik rakaman bunyi dan pencahayaan, penyediaan skrin hijau dan banyak lagi.

Gambar disini