Tarikh | : 20 November 2021 |
Masa | : 15.00 Petang – 18.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Ahli dalam Facebook Pages PIK Kg Raja Bukit Kepong |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi info pembelajaran yang berguna terutama kepada para pendidik.
Aktiviti
Petugas PIK Kg Raja Bukit Kepong membuat hebahan kepada komuniti di laman page facebook
Tarikh | : 16 November 2021 |
Masa | : 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Tempat | : Google Meet |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang ancaman remaja masa kini melalui google meet oleh LPPKN.
Aktiviti
Program advokasi “ Ancaman Remaja Masa Kini” Oleh LPPKN dengan kerjasama PIK Sg.Pinggan. Taklimat selama 1 jam yang dilakukan secara atas talian google meet memberi pendedahan tentang masalah yang dihadapi remaja sekarang yang menjadikan teknologi terkini iaitu media social sebagai platform remaja menyalahgunakan sehingga berlakunya jenayah dan masalah sosial.
Tarikh | : 14 & 15 Oktober 2021 |
Masa | : 15.00 Petang – 18.00 Petang |
Tempat | : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Ahli dalam Facebook Pages PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi info pembelajaran yang berguna terutama kepada para pendidik.
Aktiviti
Petugas PEDi Kg Raja Bukit Kepong membuat hebahan kepada komuniti di laman page facebook
Tarikh | : 03 November 2021 |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Tempat | : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Kelas Asas Website ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat serta platform maklumat yang sangat membantu dalam kehidupan masa kini.
Aktiviti
Seawal kelas peserta didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Seterusnya peserta diberikan sedikit penerangan berkenaan teknologi maklumat di alam siber termasuk kepentingan dan sumbangannya kepada manusia selain risiko yang perlu dihadapi oleh pengguna. Peserta diberikan penekanan terhadap aspek ketulenan dan kesahihan sesuatu laman web melalui modul Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang diberikan sebelum memulakan sesuatu tugasan. Secara langkah demi langkah, peserta diajarkan untuk mengenalpasti maklumat yang diperlukan sebelum membuat sebarang muat naik maklumat tersebut ke laman web tertentu dan menyimpan maklumat tersebut sebelum mencetaknya sebagai bahan rujukan.
Tarikh | : 26 Oktober 2021 |
Masa | : 3.30 Petang – 4.30 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Peserta Pertandingan Usahawan 2021 |
Tujuan
Membantu mencapai KPI Pusat Internet Komuniti tahun 2021
Aktiviti
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan usahawan digital PIK kampong Raja Bukit Kepong. Seramai 3 peserta yang telah mengikuti pertandingan tersebut. Pertandingan ini dijalankan selama 2 bulan bermula bulan ogos hingga September 2021. Peserta dikira pemenang yang mempunyai jualan , peratus serta keuntungan yang tertinggi. Peserta juga telah diberi latihan kesusahawan yang mantap dengan penggunaan e-commerce seperti shopee dan kiah store. Tempat pertama dimenangi oleh Puan Siti Suhana, tempat kedua Rabiatul Adawiyah dan tempat ketiga Nazura Abuan. Penyampaian disampaikan oleh Pengurus PIK iaitu Pn. Noor Edayati Selamat.