Tarikh : 20hb Mac 2021
 Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Tengahari
 Tempat : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Belia

 

Tujuan

Pihak Innovative Learning Network (ILN) akan mengadakan Kelas Online Berbayar bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan dan meningkatkan kemahiran.

Aktiviti

Pada awal pendaftaran, peserta perlu berdaftar berbayar untuk mengikuti seminar ini. Peserta telah diberi link melalui aplikasi Zoom. Antara topik yang dipelajari asas rekaan permainan mobile, peralatan sokongan, demonstration dan pelbagai lagi.

Gambar disini

 Tarikh : 13hb Mac 2021
 Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Tengahari
 Tempat : Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Belia dan Wanita

 

Tujuan

Pihak Innovative Learning Network (ILN) akan mengadakan Kelas Online Berbayar bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan dan meningkatkan kemahiran.

Aktiviti

Pada awal pendaftaran, peserta perlu berdaftar berbayar untuk mengikuti seminar ini. Peserta telah diberi link melalui aplikasi Zoom. Pelbagai teknik telah di ajar oleh pengasas ByMamaMegats iaitu Raja Nur Zalikha tentang asas ilmu shopee, B learning Tools, How toooo Become Preferred Seller dan Tips & Trick.

Gambar disini

Tarikh : 19 Februari 2021
Masa  : 9.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat  : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong
Peserta  : Belia & Wanita

 

Tujuan

Kursus pengendali makanan ini mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan memberi tunjuk ajar asas panduan dan ilmu amalan pengendali makanan dengan selamat. Kebersihan dan keselamatan makanan juga ditekankan sepanjang latihan berlangsung.

Aktiviti

Kursus ini di jalankan secara atas talian menggunakan aplikasi ZOOM dan telefon pintar. Program ini dijalankan dalam 4 modul mengikut syarat keperluan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Modul pertama iaitu tentang pengenalan (kuasa perundangan, kepentingan kebersihan dan keselamatan makan serta kepentingan menjaga kebersihan. Modul kedua asas kebersihan makan, modul ketiga asas keselamatan makanan dan modul keempat iaitu factor kritikal keracunan. Setiap peserta juga wajib menjawab setiap soalan pada slot modul.

Gambar disini

 Tarikh : 4 Mac 2021
 Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
 Tempat  : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Dan Keluarga

 

Tujuan

Pertandingan Mewarna Doodle ini yang bertemakan "back to school". Ia bertujuan menaikkan semangat anak-anak untuk kembali ke sekolah. Pertandingan ini adalah menyemarakkan hubungan sesama keluarga kerana pertandingan ini perlu dibuat bersama-sama ahli keluarga. Dapat menunjukkan bakat serta dapat mempromosikan PIK bersama komuniti.

Aktiviti

Sempena anak-anak kembali ke sekolah, Petugas membuat pertandingan mewarna doodle dengan bertemakan “back to school’. Pertandingan ini dihebahkan melalui whatsapp group dan mereka perlu “print out”. Syarat pertandingan ini mestilah dibuat bersama keluarga. Mereka hendaklah dibuat di rumah dan petugas memberi tempoh masa selama seminggu untuk menyiapkan. Seramai 15 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna doodle ini.

Gambar disini

Tarikh : 24 Februari 2021
Masa  : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat  : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong
Peserta 

: Ahli Kumpulan Facebook Dan Kumpulan Whatapp

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pembelajaran secara online cara membuat peta minda menggunakan aplikasi xmind.

Aktiviti

Petugas PIK Kg Raja Bukit Kepong membuat hebahan kepada komuniti di laman page facebook dan melalui youtube. Petugas membuat rakaman video melalui aplikasi Xmind. Setelah rakaman video siap, petugas membuat hebahan kepada media social.

Gambar disini