Tarikh | : 24 Disember 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12,00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Aktiviti DIY membuat “awan Comel” ini bertujuan menjadikan pelajar leih kreatif dan mahir menggunakan alatan terpakai serta dapat mengisi masa lapang pelajar dengan pembelajaran yang berfaedah.
Aktiviti
Pelajar diminta untuk membuka laman youtube untuk mencari cara-cara membuat DIY awan comel, dan Pengurus PIK memberi tutorial yang lebih jelas bagaimana membuat awan comel. Bahan-bahan telah disediakan seperti kotak, guntung, gam, kertas warna serta tali, Pelajar memberi tumpuan focus dalam proses pembuatan awan comel.
Tarikh | : 26 November 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita & Belia |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan mendedahkan dan mendidik para peserta terhadap cara membuat dodol yang mudah dan pembuatan mee Maggie secara homemade yang berpotensi untuk dipasarkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Aktiviti
Di permulaan aktiviti, petugas membuat persiapan dari segi kamera dan kelengkapan demo masakan. Petugas membuat Facebook secara langsung melalui page PI kg Raja Bukit Kepong.Dan aplikasi ZOOM. Petugas iaitu pengurus PI membuat demo masakan dodol yang mudah dengan menggunakan periuk tekanan noxxa, seterusnya dengan aplikasi zoom petugas membuat cara membuat mee Maggie homemade.
Tarikh | : 6 November 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran membuat Paint ini bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih kreatif dan mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang berfaedah.
Aktiviti
Sebagai permulaan, para pelajar didedahkan kepada kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Online Grooming yang digambarkan melalui contoh-contoh kes yang pernah terjadi di Malaysia. Seterusnya pelajar membuka paint, dan diajar membuat bentuk rumah menggunakan paint. Pelajar dapat mempelajari dengan lebih kreatif menggunakan mouse sebagai pengerakan tangan di atas desktop komputer. Memahirkan pelajar dalam penggunaan ICT umumnya.
Tarikh | : 20-21 November 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar, Belia, Wanita |
Tujuan
Dengan adanya Pandemik covid-19, pembelajaran dan aktiviti dijalankan secara online, petugas membuat kuiz melalui proprof.com. pendekatan pembelajaran atas talian sangat penting, agar pendidikan dapat disalurkan secara berterusan kepada komuniti.
Aktiviti
Petugas membuat soalan-soalan di proprof.com, sebanyak 20 soalan untuk dijawap oleh peserta.Setelah soalan di siap, petugas menghantar di group whatsapp komuniti PI kg Raja. Peserta yang terawal menjawap jawapan dengan tepat dikira pemenang.
Tarikh | : 2 November 2020 |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia & Wanita |
Tujuan
Aktiviti pertandingan deko ini PI Kg Raja berkerjasama dengan pejabat RISDA Muar, mencungkil bakat peserta dan mengisi masa lapang peserta, selain itu ianya dapat membantu peserta membuka peluang dalam membuat perniagaan.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan Petugas Pusat Internet mengambil tempat dimana para peserta diberikan penerangan berkenaan Pusat Internet termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kursus-kursus serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa. Para peserta juga didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Seterusnya, ucapan kata-kata penghargaan dari penyelia RISDA kepada peserta. Aktiviti seterusnya pertandingan menghias kek mengikut kreativiti masing-masing, setiap kek mestilah ada perkataan KDB, satu kek mewakili 2 peserta. Pemenang menghias kek dimenangi oleh Pn.Norafizah dan cik. Nor Afifah.