Tarikh : 26 September 2020 
 Masa : 3.00 Petang - 6.00 Petang 
 Tempat : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong 
 Peserta : Pelajar IPT & Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Kelas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Excel.

Aktiviti

Para pelajar diberikan pengenalan dan penerangan berkaitan Microsoft office Excel fungsinya mengikut kesesuaian bagi sesuatu tugasan dengan diajarkan secara langkah demi langkah. Selain daripada itu, diberikan peluang untuk mengaplikasikannya ke dalam tugasan yang diberikan. Para pelajar diberikan penilaian disetiap akhir kelas.

Gambar di sini.

 Tarikh : 19 September 2020
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong 
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah 

 

Tujuan

Kelas Multimedia Paint ini bertujuan peserta dapat membuat hasil yang kreatif melalui lukisan di atas elektronik. Menghasilkan Bendera Malaysia sempena Hari Malaysia. Dan juga melahirkan minda IQ yang tinggi melalui sistem pembelajaran online melalui quizizz.com. Memupuk rasa patriotic dan semangat cintakan Negara.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang Hari Malaysia seterusnya memberi tunjuk ajar cara membuat bendera Malaysia melalui Paint. Selepas siap petugas membuat kuiz melalui website Quizizz, 3 pusingan quizizz dijalankan yang mana menguji minda pelajar, antaranya soalan berkaitan Malaysia, budaya Malaysia dan Soalan tentang Negeri Johor.

Gambar di sini.

 

 Tarikh : 11hb & 15hb September 2020 
 Masa : 4.00 Petang - 6.00 Petang 
 Lokasi : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong 
 Peserta : Belia & IKS usahawan 

 

Tujuan

Tujuan latihan diadakan adalah untuk membantu peniaga atau peserta menggunakan shopee sambungan dari kelas Pertandingan Usahawan Baru Online yang sedang berlangsung.

Aktiviti

Peserta diberi bimbingan dengan lebih jelas atas sambungan dari kelas yang kelas yang lepas, peserta telah mendapat jualan dan petugas mengajar cara-cara membuat penghantaran. Dan peserta juga telah menambah produk dalam Shopee.

Gambar di sini.

 Tarikh : 18 September 2020
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas Multimedia Paint ini bertujuan peserta dapat membuat hasil yang kreatif melalui lukisan di atas elektronik. Menghasilkan Bendera Malaysia sempena Hari Malaysia. Dan juga melahirkan minda IQ yang tinggi melalui system pembelajaran online melalui Quizizz.com. Memupuk rasa patriotik dan semangat cintakan Negara.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang Hari Malaysia seterusnya memberi tunjuk ajar cara membuat bendera Malaysia melalui Paint. Selepas siap petugas membuat kuiz melalui website Quizizz, 3 pusingan Quizizz dijalankan yang mana menguji minda pelajar, antaranya soalan berkaitan Malaysia, budaya Malaysia dan Soalan tentang Negeri Johor.

Gambar di sini.

 Tarikh : 10 September 2020
 Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang 
 Lokasi : Pusat Internet Kg Raja, Bukit Kepong 
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah 

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran pelajar secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti Lingohut.com dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran Bahasa Inggeris para pelajar.

Aktiviti

pelajar didedahkan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu Lingohut.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran kanak-kanak khususnya dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Pelajar diperkenalkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut pelajar menjawab persoalan-persoalan berbentuk terjemahan sesuatu perkataan dan ayat di dalam Bahasa Malaysia. Melalui pembelajaran ini juga, keterampilan pelajar akan dinilai berdasarkan segmen pendengaran, kefahaman, ejaan dan sebagainya. Model pembelajaran berteraskan audio dan visual animasi menjadikan suasana pembelajaran yang ceria dan menarik minat pelajar.

Gambar di sini