Tarikh  : 25 Jun 2020
 Masa  : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Tempat  : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong
 Peserta  : Belia

 

Tujuan

Latihan ini dijalankan bertujuan mendidik dan mendedahkan kepada peserta etika dalam menghasilkan suatu resume serta teknik penyusunan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum dalam menghadapi sesi temuduga bersama majikan.

Aktiviti

Latihan merangkumi aspek penyediaan diri, dokumentasi, resume dan sijil-sijil berkaitan. Dipermulaan latihan peserta diberikan penerangan dan pendedahan kepada teknik menghadapi sesi temuduga merangkumi persediaan diri dan etika dalam penyusunan dokumen diri serta  sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum. Seterusnya peserta didedahkan kepada resume dengan format yang lengkap serta penekanan kepada objektif resume itu sendiri selain aktiviti memasukkan data peserta ke format resume yang diberikan. Peserta juga diberikan taklimat menghadapi sesi temuduga secara keseluruhannya termasuk etika dalam sesi temuduga dan persediaan-persediaan kursus sebelum sesi temuduga.

Gambar di sini

 Tarikh  : 24 Jun 2020
 Masa  : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi  : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong
 Peserta  : Pegawai Pejabat kesihatan Daerah Muar

 

Tujuan

Penyerahan barang kospen dari pejabat kesihatan Muar. Selaras dengan kehendak pihak MCMC  yang menjadikan PI sebagai tempat KOSPEN. Komuniti sihat Pembina Negara, dan memperkasakan rakyat Malaysia mengenai amalan gaya hidup sihat.

Aktiviti

Aktiviti penyerahan dimulakan dengan penyusunan barang-barang kospen, Staf dari pejabat kesihatan Muar member keterangan tentang penerimaan barang, dan petugas PI diminta untuk memastikan barang yang diterima dengan secukupnya seperti yang ada dalam borang penyerahan

Gambar di sini

Tarikh :5 Mac 2020
Masa :8.00 Pagi - 10.00 Pagi
Lokasi :Sekolah Kebangsaan Bukit Kepong
Peserta :Guru sekolah Bukit Kepong, Badan NGO, MPKK dan AJK PIBG

 

Tujuan

Pelancaran Program Penyayang Jom Ke Sekolah Dan Ziarah Cakna 2020 adalah memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid. Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah serta badan ngo tempatan. Meningkatkan persefahaman antara ibu bapa, guru dan komuniti setempat berfokuskan pembangunan kemenjadian murid.

Aktiviti

Pelancaran didahulukan dengan pendaftaran ibu bapa, nyayian lagu bangsa johor dan negaraku. Seterusnya bacaan doa, ucapan GPK HEM iaitu Cikgu Rohana Sulaiman dan ucapan guru besar Cikgu Khairul Izam Bin Abd Samat. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Koperal Rosmadiza Binti Rosly. Seterusnya barisan ahli jawatankuasa yang dilantik termasuk Pengurus Pusat Internet Kg Raja Bukit kepong telah membuat ziarah cakna ke 4 buah rumah bagi memberi sumbangan kepada keluarga murid yang terpilih.

Gambar di sini

Tarikh :1 Mac 2020
Masa :9.00 Pagi - 2.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong
Peserta :Belia dan Lepasan SPM

 

Tujuan

Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih peserta memanfaatkan teknologi ICT masa kini dalam melaksanakan sesuatu tugasan merangkumi suntingan imej dan dokumen melalui aplikasi Adobe Photoshop.

Aktiviti

Sebagai permulaan kelas, peserta diperkenalkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul-modul tertentu dengan contoh-contoh kes yang diberikan. Seterusnya peserta didedahkan kepada teknik mengenalpasti sesuatu imej dan data yang dikehendaki dan kemudiannya diajarkan menyunting imej dan data yang bersesuaian ke dalam tugasan peserta melalui aplikasi Adobe Photoshop. Peserta kemudiannya diajarkan teknik menambahbaik tugasan tersebut dengan penekanan aspek kekemasan dan unsur-unsur yang dikehendaki di dalam tugasan tersebut sebelum menyimpan tugasan tersebut malalui menu Save.

Gambar di sini

 Tarikh : 12 Febuari 2020
 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

 

Tujuan

Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih peserta memanfaatkan teknologi ICT masa kini dalam melaksanakan sesuatu tugasan merangkumi suntingan imej dan dokumen melalui aplikasi Adobe Ilustrator.

Aktiviti

Sebagai permulaan kelas, peserta diperkenalkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul-modul tertentu dengan contoh-contoh kes yang diberikan. Seterusnya peserta didedahkan kepada teknik mengenalpasti sesuatu imej dan data yang dikehendaki dan kemudiannya diajarkan menyunting imej dan data yang bersesuaian ke dalam tugasan peserta melalui aplikasi Adobe Ilustrator melalui menu-menu yang tersedia. Peserta kemudiannya diajarkan teknik menambahbaik tugasan tersebut dengan penekanan aspek kekemasan dan unsur-unsur yang dikehendaki di dalam tugasan tersebut sebelum menyimpan tugasan tersebut malalui menu Save.

Gambar di sini