Tarikh | : 22 Januari 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Usahawan & Wanita |
Tujuan
Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan mendedahkan dan mendidik para peserta terhadap teknik gubahan Bonquet Chocolate yang berpotensi untuk dipasarkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Aktiviti
Di permulaan latihan, Petugas Pusat Internet mengambil tempat dimana para peserta diberikan penerangan berkenaan Pusat Internet termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kursu-kursus serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa di Pusat Internet. Para peserta juga didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul “Over Sharing”. Seterusnya, Usahawan tempatan mengambil tempat menjalankan bengkel dengan aktiviti mengenalpasti produk coklat yang sesuai untuk digunakan dan dimasukkan ke dalam Bonquet. Aktiviti ini dilakukan dengan mengambil kira saiz Bonquet yang ingin dihasilkan. Proses seterusnya adalah aktiviti mencipta gubahan bunga Bonquet yang dihasilkan dari peralatan-peralatan tertentu yang disediakan sebelum memasukkan produk coklat yang telah dikenalpasti ke dalam bunga mengikut kreativiti masing-masing.