Tarikh : 12 Febuari 2020
 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

 

Tujuan

Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih peserta memanfaatkan teknologi ICT masa kini dalam melaksanakan sesuatu tugasan merangkumi suntingan imej dan dokumen melalui aplikasi Adobe Ilustrator.

Aktiviti

Sebagai permulaan kelas, peserta diperkenalkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul-modul tertentu dengan contoh-contoh kes yang diberikan. Seterusnya peserta didedahkan kepada teknik mengenalpasti sesuatu imej dan data yang dikehendaki dan kemudiannya diajarkan menyunting imej dan data yang bersesuaian ke dalam tugasan peserta melalui aplikasi Adobe Ilustrator melalui menu-menu yang tersedia. Peserta kemudiannya diajarkan teknik menambahbaik tugasan tersebut dengan penekanan aspek kekemasan dan unsur-unsur yang dikehendaki di dalam tugasan tersebut sebelum menyimpan tugasan tersebut malalui menu Save.

Gambar di sini