Tarikh :5 Mac 2020
Masa :8.00 Pagi - 10.00 Pagi
Lokasi :Sekolah Kebangsaan Bukit Kepong
Peserta :Guru sekolah Bukit Kepong, Badan NGO, MPKK dan AJK PIBG

 

Tujuan

Pelancaran Program Penyayang Jom Ke Sekolah Dan Ziarah Cakna 2020 adalah memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid. Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah serta badan ngo tempatan. Meningkatkan persefahaman antara ibu bapa, guru dan komuniti setempat berfokuskan pembangunan kemenjadian murid.

Aktiviti

Pelancaran didahulukan dengan pendaftaran ibu bapa, nyayian lagu bangsa johor dan negaraku. Seterusnya bacaan doa, ucapan GPK HEM iaitu Cikgu Rohana Sulaiman dan ucapan guru besar Cikgu Khairul Izam Bin Abd Samat. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Koperal Rosmadiza Binti Rosly. Seterusnya barisan ahli jawatankuasa yang dilantik termasuk Pengurus Pusat Internet Kg Raja Bukit kepong telah membuat ziarah cakna ke 4 buah rumah bagi memberi sumbangan kepada keluarga murid yang terpilih.

Gambar di sini