Tarikh | : 10 & 11 Januari 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Tabika KEMAS & Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan kelas diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada para pelajar terhadap teknologi ICT masa kini merangkumi asas perkakasan computer termasuk pemprosesan perkataan yang dilihat sangat membantu dalam pelbagai aspek kehidupan manusia antaranya pembangunan tahap pendidikan para pelajar dalam perlaksaan sesuatu tugasan.
Aktiviti
Dipermulaan kelas, para pelajar menjalani aktiviti senaman ringan berpandukan paparan audio dan video di Smart Board yang menjadikan suasana begitu ceria dan bertenaga. Seterusnya para pelajar didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penekanan kepada modul-modul tertentu yang disediakan. Seterusnya para pelajar diperkenalkan kepada teknologi computer masa kini yang mana ianya meliputi pengenalan kepada perkakasan computer sehingga ke perisisan-perisian yang boleh dimanfaatkan seperti aplikasi pemprosesan perkataan Microsoft Office Word. Para pelajara didedahkan kepada teknik asas menaip sehingga mampu menyiapkan tugasan menaip yang diberikan sebelum diperkenalkan kepada menu-menu yang tersedia di dalam aplikasi tersebut seperti menu Home, Insert, Page Layout dan sebagainya. Setelah diperkenalkan kepada menu-menu tersebut, para pelajar dan peserta diajarkan untuk mempraktikkan menu-menu yang telah diperkenalkan secara ringkas dengan dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas.