Tarikh | : 25 Jun 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Tempat | : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia |
Tujuan
Latihan ini dijalankan bertujuan mendidik dan mendedahkan kepada peserta etika dalam menghasilkan suatu resume serta teknik penyusunan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum dalam menghadapi sesi temuduga bersama majikan.
Aktiviti
Latihan merangkumi aspek penyediaan diri, dokumentasi, resume dan sijil-sijil berkaitan. Dipermulaan latihan peserta diberikan penerangan dan pendedahan kepada teknik menghadapi sesi temuduga merangkumi persediaan diri dan etika dalam penyusunan dokumen diri serta sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum. Seterusnya peserta didedahkan kepada resume dengan format yang lengkap serta penekanan kepada objektif resume itu sendiri selain aktiviti memasukkan data peserta ke format resume yang diberikan. Peserta juga diberikan taklimat menghadapi sesi temuduga secara keseluruhannya termasuk etika dalam sesi temuduga dan persediaan-persediaan kursus sebelum sesi temuduga.