Tarikh | : 2, 3, 4, 6, 18 Dan 24 Januari 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung |
Peserta | : Pelajar Tabika KEMAS, Sekolah Rendah, Lepasan SPM Dan Belia |
Tujuan
Kelas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, Power Point dan Excel melalui menu-menu yang tersedia di dalam aplikasi berkenaan.
Aktiviti
Sebagai permulaan kelas, para pelajar diberikan penerangan berkenaan kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penerangan keselamatan data peribadi dan contoh-contoh kes yang berisiko kepada pengguna atas talian. Para pelajar juga diberikan sedikit taklimat berkaitan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta sumbangannya kepada masyarakat. Seterusnya para pelajar diperkenalkan kepada perkakasan teknologi computer merangkumi Monitor, Mouse dan Key Board beserta fungsi dan kaedah penggunaannya sebelum para pelajar diberikan pengenalan dan penerangan berkaitan Microsoft office termasuk Microsoft Office Word, Excel dan PowerPoint serta fungsinya mengikut kesesuaian bagi sesuatu tugasan. Para pelajar didedahkan kepada perisian Microsoft Office Word yang mana para pelajar diajarkan fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan teknik mengaplikasikan fungsi tersebut ke dalam tugasan yang diberikan. Pelajar juga diajarkan secara langkah demi langkah dan diberikan penilaian di akhir topic. Sementara di Kelas Microsoft Office Excel pula, para pelajar diberikan penerangan dan pendedahan kepada perisian Microsoft Office Excel dimana para pelajar diberikan pendedahan kepada fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan mengaplikasikan fungsi-fungsi tersebut dengan diajarkan secara langkah demi langkah. Latihan yang diberikan berkisar kepada formula yang diperlukan dan para pelajar diajarkan secara praktikal langkah demi langkah bagi menyiapkan latihan tersebut. Selain daripada itu, para pelajar didedahkan juga kepada perisian Microsoft Office Power Point dimana para pelajar diterangkan kepada fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut dan diberikan peluang untuk mengaplikasikannya ke dalam tugasan yang diberikan berdasarkan arahan demi arahan beserta tujuk ajar secara langkah demi langkah. Diperingkat akhir para pelajar diberikan peluang untuk menambahbaik serta memasukkan nilai kreativiti masing-masing ke dalam tugasan persembahan agar lebih menarik dan kreatif. Para pelajar diberikan penilaian disetiap akhir kelas.