Tarikh | : 27 Januari 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Usahawan & Wanita |
Tujuan
Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan mendedahkan dan mendidik para peserta terhadap teknik masakan Nasi Dagang dengan penerapan dan asas gaya pemakanan yang sihat seterusnya berpotensi untuk dipasarkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Aktiviti
Di permulaan latihan, Petugas Pusat Internet mengambil tempat dimana para peserta diberikan penerangan berkenaan Pusat Internet termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kursu-kursus serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa di Pusat Internet. Para peserta juga didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul “Over Sharing” sebelum didedahkan pula kepada aplikasi Dashboard Komuniti. Seterusnya, melalui Petugas Amway latihan masakan Nasi Dagang dijalankan dengan setiap peserta diajarkan secara langkah demi langkah teknik masakan tersebut yang mana menghasilkan Nasi Dagang yang baik untuk kesihatan selain berpotensi untuk dipasarkan. Latihan diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari yang disediakan.