Tarikh | : 05 Disember 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia |
Tujuan
Latihan ini dijalankan bertujuan mendidik dan mendedahkan kepada peserta etika dalam menghasilkan suatu resume serta teknik penyusunan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum dalam menghadapi sesi temuduga bersama majikan.
Aktiviti
Latihan dijalankan selama tiga jam itu merangkumi aspek penyediaan diri, dokumentasi, resume dan sijil-sijil berkaitan. Dipermulaan latihan peserta diberikan penerangan dan pendedahan kepada tren menghadapi sesi temuduga merangkumi persediaan diri dan etika dalam penyusunan dokumen diri serta sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum. Seterusnya peserta didedahkan kepada resume dengan format yang lengkap serta penekanan kepada objektif resume itu sendiri selain aktiviti memasukkan data peserta ke format resume yang diberikan. Peserta juga diberikan taklimat menghadapi sesi temuduga secara keseluruhannya termasuk etika dalam sesi temuduga dan persediaan-persediaan khusus sebelum menghadapi sesi temuduga.
Tarikh | : 26, 27, 28 & 29 November 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari / 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah & Lepasan SPM |
Tujuan
Kelas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan pelajar dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan Power Point melalui menu-menu yang tersedia.
Aktiviti
Sebagai permulaan kelas, para pelajar diberikan penerangan berkenaan kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penerangan keselamatan data peribadi dan contoh-contoh kes yang berisiko kepada pengguna atas talian. Para pelajar juga diberikan sedikit taklimat berkaitan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta sumbangannya kepada masyarakat. Seterusnya para pelajar diberikan pengenalan dan penerangan berkaitan Microsoft office termasuk Microsoft Office Word dan Power Point dan fungsinya mengikut kesesuaian bagi sesuatu tugasan. Para pelajar didedahkan kepada perisian Microsoft Office Word yang mana para pelajar diajarkan fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan teknik mengaplikasikan fungsi tersebut ke dalam tugasan yang diberikan. Antara tugasan yang diberikan adalah mencipta surat rasmi. Yang mana pelajar diajarkan secara langkah demi langkah termasuk skop format surat rasmi itu sendiri. Selain daripada itu, para pelajar didedahkan juga kepada perisian Microsoft Office Power Point dimana para pelajar diterangkan fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut dan diberikan peluang untuk mengaplikasikannya ke dalam tugasan yang diberikan. Para pelajar diberikan penilaian disetiap akhir kelas.
Tarikh | : 17 November 2019 |
Masa | : 7.30 Pagi - 12.30 Pagi |
Lokasi | : Perkarangan Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil anjuran RISDA secara kerjasama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong ini dijalankan bertujuan melatih dan membimbing komuniti setempat dalam membentuk keluarga dan masyarakat yang sejahtera melalui aktiviti pendidikan, khidmat masyarakat, keagamaan, ekonomi, sukan dan kebudayaan dalam usaha pembangunan modal insan secara keseluruhannya.
Aktiviti
Program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi yang memperlihatkan ketibaan para pengunjung yang mendaftar dan menyertai Aktiviti Berjalan 10,000 langkah meliputi perjalanan sekitar kawasan Kampung Raja Bukit Kepong dengan pemantauan skuad-skuad keselamatan yang dilantik sebelum dijalankan pula aktiviti senamrobik. Sejurus sahaja senamrobik tamat, dijalankan pula aktiviti kesukanan yang melibatkan sukaneka kategori wanita dan lelaki dengan pelbagai acara dipertandingkan seperti Bola Beracun, Masuk Benang Dalam Jarum, Anyam Ketupat dan sebagainya. Sementara itu, dijalankan juga aktiviti Pemeriksaan Kesihatan MyHealth yang dikelolakan oleh petugas PI yang dilantik meliputi pemeriksaan tekanan darah dalam badan dan kandungan gula dalam darah. Selain itu, terdapat juga booth dan pameran dari Ar-Rahnu YAPIEM dimana disediakan perkhidmatan cuci emas secara percuma kepada para pengunjung selain perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan. Tidak ketinggalan mengambil tempat CERAGEM Cawangan Segamat yang menyediakan perkhidmatan 2 buah katil kesihatan untuk kegunaan para pengunjung yang mana dilihat sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dalam pada itu, dijalankan juga Pertandingan Masakan Berasaskan Labu dan Pertandingan Gubahan Bunga berdasarkan peralatan dan bahan-bahan yang disediakan oleh pihak penganjur. Sementara itu, dijalankan pula Pertandingan Kolaj berasaskan rekabentuk daun pokok getah yang mana aktiviti ini dikelolakan oleh petugas Perpustakaan Desa Kampung Raja Bukit Kepong yang melibatkan para pelajar Tabika KEMAS Kampung Tui 1, Tabika KEMAS Kampung Tui 2 dan Tabika KEMAS Orang Asli Kampung Bukit Panjang. Setelah semua acara dan aktiviti selesai dijalankan, diadakan pula Taklimat Kekeluargaan yang disampaikan oleh Pegawai dari Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor sebelum acara kemuncak Majlis Ucapan dan Perasmian Program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil anjuran RISDA secara kerjasama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong oleh Pegawai RISDA Daerah Muar / Tangkak. Program diteruskan dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan dan cabutan nama bertuah yang dijalankan sebelum para VIP dan pengunjung dihidangkan dengan makan tengahari yang disediakan.
Tarikh | : 21 November 2019 |
Masa | : 4.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran para pelajar melalui teknik focus para pelajar dengan peralatan permainan di dalam pembelajaran yang disediakan.
Aktiviti
Sebagai permulaan, para pelajar didedahkan kepada kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Online Grooming yang digambarkan melalui contoh-contoh kes yang pernah terjadi di Malaysia. Seterusnya para pelajar diperkenalkan kepada satu permainan pendidikan K-Heq yang mana menuntut para pelajar menyiapkan tugasan mencipta kreativiti bunga menggunakan peralatan perpainan yang disediakan. Para pelajar diberikan masa untuk menyiapkan tugasan tersebut dan diberikan penilaian di akhir kelas.
Tarikh | : 04 November 2019 |
Masa | : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Tahun 5 SK Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan penganjuran program adalah bagi mendedahkan kepada para pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah akan pentingnya aspek keselamatan diri mahupun keselamatan data peribadi dialam siber dengan teori-teori dan contoh-contoh kes yang diterapkan.
Aktiviti
Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini dimulakan tepat jam 10.30 pagi dengan sedikit senaman dan tarian ringkas bagi tujuan melahirkan suasana dan mood ceria para pelajar berdasarkan paparan video klip di Smart Board. Program advokasi ini disasarkan kepada semua 24 orang pelajar Tahun 5 dengan penerangan teori-teori KDB serta contoh-contoh kes yang berlaku dialam siber berpandukan klip video disusuli peneranan yang diberikan. Kandungan slot juga diselitkan dengan kuiz kefahaman tentang Klik Dengan Bijak (KDB) dimana para pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan diberikan beberapa soalan kuiz dan aktiviti secara berkumpulan untuk dibentangkan secara berkumpulan. Selain itu, pelajar juga diberikan peluang menjawab soalan-soalan rawak dari petugas berkenaan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan hadiah. Pelajar juga didedahkan kepada kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet selain kelas-kelas dan kursus-kursus ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa. Program ini mendapat sambutan yang amat baik dari para pelajar yang terlibat selain guru-guru yang sentiasa menyokong matlamat Pusat Internet secara keseluruhannya.