Tarikh | : 22 Oktober 2019 |
Masa | : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Tujuan
Tujuan kelas dijalankan adalah untuk mendedahkan peserta kepada teknologi komunikasi berkesan masa kini dan sumbangannya kepada manusia serta teknik-teknik untuk menggunakannya.
Aktiviti
Di dalam kelas tersebut, peserta pada awalnya diterangkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan contoh-contoh kes yang berlaku di Malaysia. Seterusnya pelajar diperkenalkan kepada jenis-jenis komunikasi dan fungsi-fungsinya. Seterusnya didedahkan kepada teknik mencipta akaun emel melalui menu-menu dan fungsi-fungsi tertentu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Peserta juga pada akhirnya diajar mencipta sesuatu emel dan mengaplikasikan fungsi “lampiran” sebelum menghantar emel tersebut kepada penerima tertentu.