Tarikh | : 23 Oktober 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Tabika KEMAS Orang Asli Kampung Bukit Panjang |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran Mengenali Alat Muzik Tradisional Malaysia dijalankan bertujuan mendidik dan memperkenalkan peralatan muzik tradisional di Malaysia kepada para pelajar melalui penerangan dan tayangan video yang bersesuaian serta penghayatan terhadap proses pembuatan alat muzik tersebut dan nilai tradisional yang ditekankan.
Aktiviti
Seperti biasa disetiap kelas akan dimulakan dengan penerangan dan pendedahan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pada kali ini para pelajar didedahkan kepada modul Online Grooming. Seterusnya para pelajar diberikan penerangan tentang peralatan muzik tradisional negara yang digunakan dalam pelbagai majlis-majlis keraian di Malaysia yang mana juga dilihat sangat bernilai dan harus dipertahankan daripada lapuk ditelan arus pemodenan. Para pelajar diberikan pengenalan dan penerangan tentang peralatan muzik tradisional masyarakat Melayu yang telah diamalkan dari dulu lagi seperti kompang, gambus, gendang dan sebagainya termasuk proses-proses pembuatan peralatan muzik tersebut melalui tayangan video yang bersesuaian dan diberikan tugasan mencipta kolaj peralatan muzik tradisional menggunakan kertas warna dan peralatan yang disediakan.