Tarikh : 17 November 2019
 Masa : 7.30 Pagi - 12.30 Pagi
 Lokasi : Perkarangan Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Komuniti Mukim Bukit Kepong

 

Tujuan

Program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil anjuran RISDA secara kerjasama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong ini dijalankan bertujuan melatih dan membimbing komuniti setempat dalam membentuk keluarga dan masyarakat yang sejahtera melalui aktiviti pendidikan, khidmat masyarakat, keagamaan, ekonomi, sukan dan kebudayaan dalam usaha pembangunan modal insan secara keseluruhannya.

Aktiviti

Program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi yang memperlihatkan ketibaan para pengunjung yang mendaftar dan menyertai Aktiviti Berjalan 10,000 langkah meliputi perjalanan sekitar kawasan Kampung Raja Bukit Kepong dengan pemantauan skuad-skuad keselamatan yang dilantik sebelum dijalankan pula aktiviti senamrobik. Sejurus sahaja senamrobik tamat, dijalankan pula aktiviti kesukanan yang melibatkan sukaneka kategori wanita dan lelaki dengan pelbagai acara dipertandingkan seperti Bola Beracun, Masuk Benang Dalam Jarum, Anyam Ketupat dan sebagainya. Sementara itu, dijalankan juga aktiviti Pemeriksaan Kesihatan MyHealth yang dikelolakan oleh petugas PI yang dilantik meliputi pemeriksaan tekanan darah dalam badan dan kandungan gula dalam darah. Selain itu, terdapat juga booth dan pameran dari Ar-Rahnu YAPIEM dimana disediakan perkhidmatan cuci emas secara percuma kepada para pengunjung selain perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan. Tidak ketinggalan mengambil tempat CERAGEM Cawangan Segamat yang menyediakan perkhidmatan 2 buah katil kesihatan untuk kegunaan para pengunjung yang mana dilihat sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dalam pada itu, dijalankan juga Pertandingan Masakan Berasaskan Labu dan Pertandingan Gubahan Bunga berdasarkan peralatan dan bahan-bahan yang disediakan oleh pihak penganjur. Sementara itu, dijalankan pula Pertandingan Kolaj berasaskan rekabentuk daun pokok getah yang mana aktiviti ini dikelolakan oleh petugas Perpustakaan Desa Kampung Raja Bukit Kepong yang melibatkan para pelajar Tabika KEMAS Kampung Tui 1, Tabika KEMAS Kampung Tui 2 dan Tabika KEMAS Orang Asli Kampung Bukit Panjang. Setelah semua acara dan aktiviti selesai dijalankan, diadakan pula Taklimat Kekeluargaan yang disampaikan oleh Pegawai dari Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor sebelum acara kemuncak Majlis Ucapan dan Perasmian Program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil anjuran RISDA secara kerjasama Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong oleh Pegawai RISDA Daerah Muar / Tangkak. Program diteruskan dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan dan cabutan nama bertuah yang dijalankan sebelum para VIP dan pengunjung dihidangkan dengan makan tengahari yang disediakan.

Gambar di sini