Tarikh | : 02, 03, 10 & 25 Ktober 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 4.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah & Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Tujuan
Kelas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, Power Point dan Excel melalui menu-menu yang tersedia.
Aktiviti
Sebagai permulaan kelas, para pelajar diberikan penerangan berkenaan kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penerangan keselamatan data peribadi dan contoh-contoh kes yang berisiko kepada pengguna atas talian. Para pelajar juga diberikan sedikit taklimat berkaitan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta sumbangannya kepada masyarakat. Seterusnya para pelajar diberikan pengenalan dan penerangan berkaitan Microsoft office termasuk Microsoft Office Word, Excel dan Power Point dan fungsinya mengikut kesesuaian bagi sesuatu tugasan. Para pelajar didedahkan kepada perisian Microsoft Office Word yang mana para pelajar diajarkan fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan teknik mengaplikasikan fungsi tersebut ke dalam tugasan yang diberikan. Pelajar juga diajarkan secara langkah demi langkah dan diberikan penilaian di akhir topic. Sementara di Kelas Microsoft Office Excel pula, para pelajar diberikan penerangan dan pendedahan kepada perisian Microsoft Office Excel dimana para pelajar diberikan pendedahan kepada fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan mengaplikasikan fungsi-fungsi tersebut dengan diajarkan secara langkah demi langkah. Selain daripada itu, para pelajar didedahkan juga kepada perisian Microsoft Office Power Point dimana para pelajar diterangkan fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut dan diberikan peluang untuk mengaplikasikannya ke dalam tugasan yang diberikan. Para pelajar diberikan penilaian disetiap akhir kelas.