Tarikh | : 18 Oktober 2019 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Usahawan & Wanita |
Tujuan
Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan mendedahkan dan mendidik para peserta terhadap teknik masakan menu Home Made Sardin Dan Kek Lobak dengan penerapan dan asas gaya pemakanan yang sihat seterusnya berpotensi untuk dipasarkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Aktiviti
Se-awal bengkel, Petugas Pusat Internet memberikan penerangan berkenaan Pusat Internet termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kursus-kursus serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa. Para peserta juga didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul “Over Sharing” sebelum diberikan taklimat berkenaan modul-modul Dashboard Komuniti. Seterusnya, melalui Petugas Amway tutorial masakan Home Made Sardin dan Kek Lobak dijalankan dengan setiap peserta diajarkan secara langkah demi langkah teknik masakan tersebut yang mana menghasilkan masakan yang baik untuk kesihatan selain berpotensi untuk dipasarkan. Dengan perkakasan dan peralatan masakan dari Amway, para peserta dilihat lebih selesa dan mudah dalam penyiapan menu masakan tersebut dengan didedahkan kepada penjimatan dari segi kos dan masa. Bengkel berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari yang disediakan.
Tarikh | : 19 Oktober 2019 |
Masa | : 8.30 Pagi - 11.30 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Orang Asli Kampung Bukit Panjang |
Tujuan
Tujuan program adalah untuk menambahkan keyakinan diri dengan ajaran Islam melalui pemantapan perkara asas Fardu Ain dan amalan-amalan wajib yang perlu dilaksanakan sebagai seorang muslim.
Aktiviti
Sebagai permulaan, aktiviti dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Saudari Raudhah Binti Ab Ghani selaku Penggerak Masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Panjang (JAKIM) sebelum Petugas PI mengambil tempat memberikan pengenalan dan penerangan tentang Pusat Internet dan fungsinya kepada komuniti setempat. Penerangan ini juga merangkumi kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kelas-kelas dan kursus-kursus ICT yang dijalankan dari masa ke semasa. Aktiviti diteruskan dengan pengenalan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Over Sharing, Online Grooming, Maklumat Palsu dan Penipuan Perbankan dengan tayangan video-video yang berkaitan disusuli penerangan kepada modul tersebut. Kemudiannya aktiviti diteruskan dengan Senaman Otak yang dijalankan sebelum para peserta diberikan penerangan dan perincian kepada perkara-perkara asas Fardu Ain oleh Saudari Raudhah. Penerangan yang diberikan disusuli dengan tayangan video-video keagamaan yang dilihat menggamit hati para peserta yang mana juga merangkumi perkara-perkara yang wajib dilaksanakan oleh seorang mulsim. Aktiviti diteruskan dengan Pertandingan Tulisan Jawi dan Bola Beracun yang dilihat memeriahkan suasana sebelum aktiviti penyampaian hadiah dijalankan. Selain daripada itu, dijalankan juga aktiviti pemeriksaan kesihatan melalui modul MyHealth yang mana dikelolai oleh Petugas PI sebelum para peserta menikmati jamuan ringkas yang disediakan.
Tarikh | : 13 September 2019 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran Latih Tubi Matematik ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran subjek Matematik pelajar dengan melatih pelajar mengaplikasikan laman tertentu seperti Quizizz.com sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.
Aktiviti
Sebagai permulaan, pelajar diperkenal dan didedahkan kepada kempen berterusan Avokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Online Grooming dan contoh-contoh kes yang berlaku di Malaysia. Seterusnya pelajar didedahkan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu Quizizz.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran pelajar. Pelajar diperkenalkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut pelajar menjawab persoalan-persoalan yang dipaparkan sehingga selesai dan pelajar diberikan pemarkahan diakhir setiap segmen.
Tarikh | : 27 September 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan kelas ini dijalankan adalah bagi melatih dan mendidik para pelajar dalam menghasilkan sesuatu kraf dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan berpandukan kepada pembelajaran atas talian seperti Youtube dan sebagainya.
Aktiviti
Seperti kebiasaannya sebelum memulakan sebarang aktiviti dan kelas, para pelajar didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan aplikasi Dashboard Komuniti. Sebagai permulaan kelas, para pelajar dipertontonkan kepada beberapa klip video tutorial penghasilan sesuatu kraf yang berasaskan kertas di aplikasi Youtube.com. Para pelajar kemudianya diberikan penerangan ringkas tentang kraf yang bakal dicipta menggunakan peralatan dan bahan-bahan yang disediakan. Pelajar juga diajarkan secara langkah demi langkah sehingga terhasilnya kraf angsa yang berasaskan kertas warna yang menarik.
Tarikh | : 14 September 2019 |
Masa | : 11.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia |
Tujuan
Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih peserta memanfaatkan teknologi ICT masa kini dalam melaksanakan sesuatu tugasan merangkumi suntingan imej melalui aplikasi Microsoft Office.
Aktiviti
Sebagai permulaan kelas, peserta diperkenalkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pendedahan ringkas kepada aplikasi Dashboard Komuniti. Seterusnya peserta didedahkan kepada teknik mengenalpasti sesuatu imej yang dikehendaki dan kemudiannya diajarkan memasukkan imej yang bersesuaian ke dalam tugasan peserta melalui aplikasi Microsoft Office Word sebelum menyunting serta menambahbaik imej tersebut dengan unsur-unsur yang dikehendaki di dalam tugasan tersebut.