Tarikh | : 26 Ogos 2019 |
Masa | : 7.30 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 ini dijalankan bertujuan memperkenal dan mendedahkan kepada komuniti setempat terhadap kemudahan dan perkhidmatan ICT yang disediakan di Pusat Internet termasuk kemudahan komputer dan kelas-kelas ICT yang dijalankan selain perkhidmatan dan bengkel-bengkel kesihatan yang dijalankan dari masa ke semana. Ianya juga secara langsung telah mendedahkan aplikasi Dashboard Komuniti secara keseluruhannya dan membawa mesej Pusat Internet sebagai agen atau suatu pusat sehenti yang membantu dalam agenda pembangunan komuniti secara keseluruhannya.
Aktiviti
Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi yang memperlihatkan ketibaan para pengunjung yang mendaftar dan menyertai Aktiviti Berjalan 10,000 langkah meliputi perjalanan sekitar kawasan Kampung Raja Bukit Kepong dengan pemantauan skuad-skuad keselamatan yang dilantik sebelum dijalankan pula aktiviti senamrobik. Bersesuaian dengan konsep program, dijalankan juga Kelas Pembelajaran Asas Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang melibatkan pelajar Tabika KEMAS Kg Tui 1, Tabika KEMAS Kg Tui 2 dan pelajar Tabika KEMAS Kg Bukit Panjang. Selain itu, dijalankan juga Bengkel Kemahiran Keusahawanan Bersama Amway yang melibatkan golongan sasaran wanita dan belia selain Pertandingan Dashboard Komuniti yang merangkumi Modul MyKomuniti, MyPlace dan MyShop yang mana melibatkan usahawan Mukim Bukit Kepong itu sendiri dan komuniti setempat secara amnya. Tidak ketinggalan dijalankan juga aktiviti Pemeriksaan Kesihatan melalui Modul MyHealth dengan melibatkan aktiviti pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Sementara itu, dijalankan juga aktiviti Memberus Gigi Beramai-ramai yang mana melibatkan pelajar Tabika KEMAS yang dikelolai oleh Unit Pergigian Klinik Kesihatan Lenga, Muar. Aktiviti ini dijalankan dengan demonstrasi teknik memberus gigi dengan betul dan selamat yang diberikan. Selepas itu, dijalankan pula aktiviti Sukeneka bagi kategori dewasa yang merangkumi sukaneka Musang Berjanggut, Makan Tomato, Baling-baling Sayang, Laga Ayam dan Bola Beracun. Sementara itu, dijalankan juga Pertandingan Masakan Menu Sihat yang berasaskan Salad yang mana disertai oleh para usahawan dan wanita serentak dijalankan juga Pertandingan Kolaj yang melibatkan para pelajar Tabika KEMAS Kg Tui 1, Tabika KEMAS Kg Tui 2 dan pelajar Tabika KEMAS Kg Bukit Panjang. Bersempena dengan program juga, turut diadakan booth dan pameran daripada pelbagai agensi termasuk Pameran Denggi dari Unit Denggi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Pameran Dan Pemeriksaan Kesihatan Quantum Analyzer & Kulit dari Nutrilite Amway, Pameran Pengurusan Hibah Dan Harta Pusaka dari Wasiyah Shoper, Perkhidmatan Katil Kesihatan dari Ceragem Cawangan Segamat dan Jualan Produk IKS dari Gabungan Usahawan Bukit Kepong. Turut dijalankan ialah taklimat kesihatan yang dikelolai oleh Nutrilite Amway, taklimat Denggi Dan Pencegahannya serta taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang disampaikan oleh Petugas Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong. Kemuncak program memperlihatkan Majlis Perasmian yang didahului dengan kata-kata aluan dari Petugas Pusat Internet dan Majlis Bacaan Doa yang diketuai oleh Encik Mulyadi Bin Punari selaku Imam Surau Al-Azim Kg Raja Bukit Kepong sebelum ucapan dan gimik perasmian yang disempurnakan oleh Encik Muhammad Aidil Aziz Bin Hanafi selaku Penghulu Mukim Bukit Kepong. Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan dan cabutan bertuah mengakhiri program ini sebelum para VIP dan pengunjung dijamukan dengan makanan tengahari yang disediakan.