Tarikh | : 14 Jun 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran Kuiz Matematik ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran subjek Matematik para pelajar dengan melatih pelajar mengaplikasikan laman tertentu seperti Quizizz.com sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.
Aktiviti
Sebagai permulaan, para pelajar diperkenal dan didedahkan kepada kempen berterusan Avokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Online Grooming dan contoh-contoh kes yang berlaku di Malaysia. Seterusnya para pelajar didedahkan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu Quizizz.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran pelajar. Para pelajar diperkenalkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut para pelajar menjawab persoalan-persoalan yang dipaparkan sehingga selesai dan para pelajar diberikan pemarkahan diakhir setiap segmen. Model pembelajaran berteraskan audio dan visual animasi menjadikan suasana pembelajaran yang ceria dan menarik minat para pelajar.
Tarikh | : 15 Jun 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Tabika KEMAS Dan Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas Asas Microsoft Office Word ini dijalankan bertujuan memperkenal dan mendidik serta memahirkan para pelajar dalam mencipta sesuatu tugasan seperti mencipta Kad Ucapan Hari Raya menggunakan perisian Microsoft Office Word.
Aktiviti
Bermula dengan penerangan dan pendedahan kepada kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), pelajar dipaparkan kepada beberapa contoh kes Online Grooming yang berlaku di Negara kita beserta kaedah-kaedah menghindari diri dari menjadi mangsa Online Grooming. Seterusnya, para pelajar diperkenalkan kepada perisian Microsoft Office Word merangkumi menu-menu yang tersedia seperti menu Home, Insert, Page Layout dan sebagainya dan diajarkan teknik-teknik untuk mengaplikasikan menu-menu tersebut. Para pelajar akhirnya diberikan satu tugasan mencipta Kad Ucapan Hari Raya mengikut kreativiti masing-masing. Dalam tugasan tersebut, para pelajar diajarkan secara langkah demi langkah dan diterapkan nilai kreativiti kendiri sehingga Kad Ucapan Hari Raya siap.
Tarikh | : 01 Jun 2019 |
Masa | : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Kediaman Golongan Asnaf Mukim Bukit Kepong |
Peserta | : Golongan Asnaf & Ibu Tunggal |
Tujuan
Tujuan penganjuran program adalah bagi membela nasib golongan asnaf dengan menyampaikan sumbangan orang ramai yang dikumpulkan bagi meringankan beban sempena menyambut kedatangan Aidilfitri selain mengeratkan silaturrahim sesama manusia.
Aktiviti
Program anjuran Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong yang mendapat kerjasama dari Perpustakaan Desa Kg Raja dan Pusat Komuniti Desa Mukim Bukit Kepong ini bermula dari aktiviti pengumpulan sumbangan barangan keperluan asas yang disumbang ikhlas dari komuniti mukim Bukit Kepong secara keseluruhannya. Barangan ini dikumpulkan di tiga pusat penerimaan sumbangan program selama dua minggu sebelum dibawa ke Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong untuk dibahagi-bahagikan kepada beberapa penerima. Sempena program juga, dijalankan aktiviti bacaan Al-Qur’an dan Tazkirah Ramadhan selain Pertandingan Seni Khat dan Tulisan Jawi serta aktiviti Pemeriksaan Kesihatan. Dihari pengagihan sumbangan, sesi taklimat ringkas diberikan oleh Pengurus Pusat Internet berkenaan lokasi serahan dan golongan sasaran. Mengunjungi sasaran pertama, kru program bergerak ke lokasi kediaman pertama bagi menyampaikan sumbangan tersebut iaitu di Kampung Raja, seterusnya ke Kampung Sawah Laku, Kampung Bukit Bendar, Kampung Kechik, Kampung Sungai Meda dan lokasi terakhir di Kampung Tui. Walaupun sumbangan yang diberikan tidak begitu mewah, namun terpancar sinar kesyukuran diriak wajah penerima apabila menerima kunjungan dan sumbangan berupa keperluan asas yang dihulurkan.
Tarikh | : 21 Jun 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan
Latihan ini dijalankan bertujuan mendidik dan mendedahkan kepada peserta teknik mencipta sesuatu imej perniagaan melalui Perisian Microsoft Office.
Aktiviti
Latihan dimulakan dengan penerangan ringkas tentang perisian Microsoft Office Word melalui menu-menu yang tersedia dimana peserta setiap penerangan disusuli dengan praktikal penggunaan sesuatu menu tersebut termasuk menu Home dan Insert. Pelajar diajarkan secara langkah demi langkah sehingga siap sesuatu tugasan yang diperlukan.
Tarikh | : 24 Mei 2019 |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Usahawan & Wanita |
Tujuan
Tujuan latihan diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada para peserta terhadap situasi ekonomi pada masa sekarang dan cabaran kelangsungan hidup masa kini serta kaedah-kaedah mengatasi permasalahan tersebut melalui teknik berbelanja dengan bijak.
Aktiviti
Latihan Keusahawanan ini dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai situasi ekonomi semasa yang perlu dihadapi oleh semua peringkat umur yang mana memerlukan formula tepat bagi mengatasi bebanan tersebut. Melalui formula dan teknik perbelanjaan bijak yang dianjurkan, para peserta didedahkan kepada cabaran untuk berfikir dengan lebih kritis berkenaan perbelanjaan bulanan yang mana selain mampu menjimatkan kos ianya juga mampu menjana pendapatan sekaligus mampu menampung kos sara hidup semasa.