Tarikh : 01 Jun 2019
 Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Kediaman Golongan Asnaf Mukim Bukit Kepong
 Peserta : Golongan Asnaf & Ibu Tunggal

 

Tujuan

Tujuan penganjuran program adalah bagi membela nasib golongan asnaf dengan menyampaikan sumbangan orang ramai yang dikumpulkan bagi meringankan beban sempena menyambut kedatangan Aidilfitri selain mengeratkan silaturrahim sesama manusia.

Aktiviti

Program anjuran Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong yang mendapat kerjasama dari Perpustakaan Desa Kg Raja dan Pusat Komuniti Desa Mukim Bukit Kepong ini bermula dari aktiviti pengumpulan sumbangan barangan keperluan asas yang disumbang ikhlas dari komuniti mukim Bukit Kepong secara keseluruhannya. Barangan ini dikumpulkan di tiga pusat penerimaan sumbangan program selama dua minggu sebelum dibawa ke Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong untuk dibahagi-bahagikan kepada beberapa penerima. Sempena program juga, dijalankan aktiviti bacaan Al-Qur’an dan Tazkirah Ramadhan selain Pertandingan Seni Khat dan Tulisan Jawi serta aktiviti Pemeriksaan Kesihatan. Dihari pengagihan sumbangan, sesi taklimat ringkas diberikan oleh Pengurus Pusat Internet berkenaan lokasi serahan dan golongan sasaran. Mengunjungi sasaran pertama, kru program bergerak ke lokasi kediaman pertama bagi menyampaikan sumbangan tersebut iaitu di Kampung Raja, seterusnya ke Kampung Sawah Laku, Kampung Bukit Bendar, Kampung Kechik, Kampung Sungai Meda dan lokasi terakhir di Kampung Tui. Walaupun sumbangan yang diberikan tidak begitu mewah, namun terpancar sinar kesyukuran diriak wajah penerima apabila menerima kunjungan dan sumbangan berupa keperluan asas yang dihulurkan.

Gambar di sini