Tarikh : 03 April 2019
 Masa : 3.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada sumber teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat iaitu platform maklumat yang sangat membantu dalam proses pembelajaran para pelajar.

Aktiviti

Sebagai permulaan, para pelajar didedahkan kepada kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Online Grooming yang digambarkan melalui contoh-contoh kes yang pernah terjadi di Malaysia. Seterusnya para pelajar diperkenalkan kepada gedung maklumat atas talian melalui carian Google dan diajarkan teknik-teknik mendapatkan maklumat bagi sesuatu topic pembelajaran sebelum menggunakan maklumat tersebut dalam penyiapan tugasan persekolahan seperti folio. Para pelajar diajarkan secara langkah demi langkah dari mengenalpasti maklumat yang diperlukan sehingga ke mengenalpasti ketepatan maklumat yang telah dipilih sebagai bahan pembelajaran yang diperlukan

Gambar di sini

 Tarikh : 12 April 2019
 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS & Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Tujuan kelas dijalankan adalah untuk mendidik dan mendedahkan kepada para pelajar teknik menghasilkan animasi bergerak melalui perisian Microsoft Office Power Point.

Aktiviti

Seawal kelas, para pelajar diberikan taklimat ringkas tentang kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul Online Grooming dengan contoh-contoh kes yang berisiko untuk berlaku. Seterusnya para pelajar diberikan taklimat berkenaan animasi yang bakal dicipta melalui perisian Microsoft Office Power Point. Para pelajar diajarkan secara langkah demi langkah melalui menu-menu yang tersedia sehingga animasi yang dicipta berjaya disiapkan dan menjadi suatu hasil yang menarik.

Gambar di sini

 Tarikh : 04 &18 April 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Wanita & Belia

 

Tujuan

Kelas Asas Laman Web Open Source ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat serta platform maklumat yang sangat membantu dalam kehidupan masa kini.

Aktiviti

Seawal kelas para peserta didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta peranan bagi setiap satunya. Seterusnya peserta diberikan sedikit penerangan berkenaan teknologi maklumat di alam siber termasuk kepentingan dan sumbangannya kepada manusia selain risiko yang perlu dihadapi oleh pengguna. Peserta diberikan penekanan terhadap aspek ketulenan dan kesahihan sesuatu laman web melalui modul Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang diberikan sebelum memulakan sesuatu tugasan. Secara langkah demi langkah, peserta diajarkan untuk mengenalpasti maklumat yang diperlukan sebelum membuat sebarang muat naik sesuatu maklumat ke laman web tertentu dan memuat turun sesuatu maklumat dari sesuatu laman web yang diperlukan.

Gambar di sini

 Tarikh : 8, 13, 23 & 24 April 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari & 3.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Setiausaha, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mukim Bukit Kepong

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada para peserta terhadap teknologi ICT masa kini khusus kepada perisian pemprosesan perkataan yang dilihat sangat membantu dalam pelbagai aspek kehidupan manusia antaranya pembangunan tahap kemahiran ICT dan sekaligus melestarikan kelancaran dalam perlaksanaan sesuatu tugasan.

Aktiviti

Seperti kebiasaannya seawal kelas para peserta didedahkan kepada Aplikasi Dashboard Komuniti dan kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penekanan kepada modul-modul tertentu yang disediakan. Seterusnya para peserta diperkenalkan kepada teknologi computer masa kini yang mana ianya khusus kepada perisian pemprosesan perkataan Microsoft Office Word. Para peserta didedahkan kepada teknik asas menaip sehingga mampu menaip sesuatu kertas kerja mahupun kerja-kerja penyediaan profil kampung sebelum diperkenalkan kepada menu-menu yang tersedia di dalam perisian tersebut seperti menu Home, Insert, Page Layout dan sebagainya. Setelah diperkenalkan kepada menu-menu tersebut, para peserta diajarkan untuk mempraktikkan menu-menu yang telah diperkenalkan sebelum melaksanakan tugasan kertas kerja dan profil kampung dengan dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan secara langkah demi langkah oleh petugas.

Gambar di sini

 Tarikh : 23 April 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Perpustakaan Desa Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS Kg Tui 1 dan Komuniti Mukim Bukit Kepong 

 

Tujuan

Tujuan program adalah untuk memupuk semangat dan budaya membaca dikalangan komuniti bermula dari peringkat awal kanak-kanak iaitu diawal usia persekolahan sehingga ke peringkat ibubapa.

Aktiviti

Program dimulakan dengan dijalankan aktiviti Kuiz Pengetahuan Am yang disertai oleh golongan ibubapa sebelum dijalankan pula Pertandingan Membaca Artikel Berita yang diceriakan lagi dengan penyertaan oleh tetamu VIP iaitu Encik Muhamad Aidil Aziz Bin Hanafi selaku Penghulu bagi Mukim Bukit Kepong. Aktiviti membaca selama 10 minit dijalankan secara serentak sebelum diadakan pula persembahan nyanyian dari pelajar Tabika KEMAS Kg Tui 1 Bukit kepong. Acara kemuncak bermula apabila Penghulu Mukim Bukit Kepong mengambil tempat menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit sebelum upacara penyampaian hadiah dan cabutan nama bertuah dijalankan.

Gambar di sini