Tarikh | : 8, 13, 23 & 24 April 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari & 3.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Setiausaha, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan kelas diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada para peserta terhadap teknologi ICT masa kini khusus kepada perisian pemprosesan perkataan yang dilihat sangat membantu dalam pelbagai aspek kehidupan manusia antaranya pembangunan tahap kemahiran ICT dan sekaligus melestarikan kelancaran dalam perlaksanaan sesuatu tugasan.
Aktiviti
Seperti kebiasaannya seawal kelas para peserta didedahkan kepada Aplikasi Dashboard Komuniti dan kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penekanan kepada modul-modul tertentu yang disediakan. Seterusnya para peserta diperkenalkan kepada teknologi computer masa kini yang mana ianya khusus kepada perisian pemprosesan perkataan Microsoft Office Word. Para peserta didedahkan kepada teknik asas menaip sehingga mampu menaip sesuatu kertas kerja mahupun kerja-kerja penyediaan profil kampung sebelum diperkenalkan kepada menu-menu yang tersedia di dalam perisian tersebut seperti menu Home, Insert, Page Layout dan sebagainya. Setelah diperkenalkan kepada menu-menu tersebut, para peserta diajarkan untuk mempraktikkan menu-menu yang telah diperkenalkan sebelum melaksanakan tugasan kertas kerja dan profil kampung dengan dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan secara langkah demi langkah oleh petugas.