Tarikh | : 10 September 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Penggerak Masyarakat (JAKIM) Komuniti Orang Asli Kampung Bukit Panjang |
Tujuan
Kelas Asas Website ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat serta platform maklumat yang sangat membantu dalam kehidupan masa kini.
Aktiviti
Seawal kelas peserta didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta peranan bagi setiap satunya. Seterusnya peserta diberikan sedikit penerangan berkenaan teknologi maklumat di alam siber termasuk kepentingan dan sumbangannya kepada manusia selain risiko yang perlu dihadapi oleh pengguna. Peserta diberikan penekanan terhadap aspek ketulenan dan kesahihan sesuatu laman web melalui modul Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang diberikan sebelum memulakan sesuatu tugasan. Secara langkah demi langkah, peserta diajarkan untuk mengenalpasti maklumat yang diperlukan sebelum membuat sebarang muat naik maklumat tersebut ke laman web tertentu dan menyimpan maklumat tersebut sebelum mencetaknya sebagai bahan rujukan.
Tarikh | : 04 & 11 September 2019 |
Masa | : 2.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita & Usahawan |
AKTIVITI 1
Tujuan
Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan mendedahkan dan mendidik para peserta terhadap teknik masakan dan pembuatan Kek Carrot dengan penerapan dan asas gaya pemakanan yang sihat seterusnya berpotensi untuk dipasarkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Aktiviti
Di permulaan latihan, Petugas Pusat Internet mengambil tempat dimana para peserta diberikan penerangan berkenaan Pusat Internet termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kursu-kursus serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa di Pusat Internet. Para peserta juga didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul “Over Sharing”. Seterusnya, melalui Petugas Amway latihan pembuatan Kek Carrot dijalankan dengan setiap peserta diajarkan secara langkah demi langkah teknik pembuatan kek tersebut yang mana menghasilkan kek yang baik untuk kesihatan selain berpotensi untuk dipasarkan. Dengan perkakasan dan peralatan masakan dari Amway, para peserta dilihat lebih selesa dan mudah dalam penyiapan kek tersebut dengan didedahkan kepada penjimatan dari segi kos dan masa. Latihan diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan minum petang yang disediakan.
AKTIVITI 2
Tujuan
Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan mendedahkan dan mendidik para peserta terhadap teknik masakan menu berasaskan roti dengan penerapan dan asas gaya pemakanan yang sihat seterusnya berpotensi untuk dipasarkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Aktiviti
Di permulaan latihan, Petugas Pusat Internet mengambil tempat dimana para peserta diberikan penerangan berkenaan Pusat Internet termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kursu-kursus serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa di Pusat Internet. Para peserta juga didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul “Over Sharing” sebelum didedahkan pula kepada aplikasi Dashboard Komuniti. Seterusnya, melalui Petugas Amway latihan masakan berasaskan roti dijalankan dengan setiap peserta diajarkan secara langkah demi langkah teknik masakan tersebut yang mana menghasilkan roti yang baik untuk kesihatan selain berpotensi untuk dipasarkan. Peserta juga diberikan peluang menghasilkan roti melalui kreativiti masing-masing menggunakan perkakasan dan peralatan masakan dari Amway dan dibantu serta diberikan tunjuk ajar dari petugas Amway sendiri.. Latihan diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan minum petang yang disediakan.
Tarikh | : 26 Ogos 2019 |
Masa | : 7.30 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 ini dijalankan bertujuan memperkenal dan mendedahkan kepada komuniti setempat terhadap kemudahan dan perkhidmatan ICT yang disediakan di Pusat Internet termasuk kemudahan komputer dan kelas-kelas ICT yang dijalankan selain perkhidmatan dan bengkel-bengkel kesihatan yang dijalankan dari masa ke semana. Ianya juga secara langsung telah mendedahkan aplikasi Dashboard Komuniti secara keseluruhannya dan membawa mesej Pusat Internet sebagai agen atau suatu pusat sehenti yang membantu dalam agenda pembangunan komuniti secara keseluruhannya.
Aktiviti
Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong 2019 ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi yang memperlihatkan ketibaan para pengunjung yang mendaftar dan menyertai Aktiviti Berjalan 10,000 langkah meliputi perjalanan sekitar kawasan Kampung Raja Bukit Kepong dengan pemantauan skuad-skuad keselamatan yang dilantik sebelum dijalankan pula aktiviti senamrobik. Bersesuaian dengan konsep program, dijalankan juga Kelas Pembelajaran Asas Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang melibatkan pelajar Tabika KEMAS Kg Tui 1, Tabika KEMAS Kg Tui 2 dan pelajar Tabika KEMAS Kg Bukit Panjang. Selain itu, dijalankan juga Bengkel Kemahiran Keusahawanan Bersama Amway yang melibatkan golongan sasaran wanita dan belia selain Pertandingan Dashboard Komuniti yang merangkumi Modul MyKomuniti, MyPlace dan MyShop yang mana melibatkan usahawan Mukim Bukit Kepong itu sendiri dan komuniti setempat secara amnya. Tidak ketinggalan dijalankan juga aktiviti Pemeriksaan Kesihatan melalui Modul MyHealth dengan melibatkan aktiviti pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Sementara itu, dijalankan juga aktiviti Memberus Gigi Beramai-ramai yang mana melibatkan pelajar Tabika KEMAS yang dikelolai oleh Unit Pergigian Klinik Kesihatan Lenga, Muar. Aktiviti ini dijalankan dengan demonstrasi teknik memberus gigi dengan betul dan selamat yang diberikan. Selepas itu, dijalankan pula aktiviti Sukeneka bagi kategori dewasa yang merangkumi sukaneka Musang Berjanggut, Makan Tomato, Baling-baling Sayang, Laga Ayam dan Bola Beracun. Sementara itu, dijalankan juga Pertandingan Masakan Menu Sihat yang berasaskan Salad yang mana disertai oleh para usahawan dan wanita serentak dijalankan juga Pertandingan Kolaj yang melibatkan para pelajar Tabika KEMAS Kg Tui 1, Tabika KEMAS Kg Tui 2 dan pelajar Tabika KEMAS Kg Bukit Panjang. Bersempena dengan program juga, turut diadakan booth dan pameran daripada pelbagai agensi termasuk Pameran Denggi dari Unit Denggi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Pameran Dan Pemeriksaan Kesihatan Quantum Analyzer & Kulit dari Nutrilite Amway, Pameran Pengurusan Hibah Dan Harta Pusaka dari Wasiyah Shoper, Perkhidmatan Katil Kesihatan dari Ceragem Cawangan Segamat dan Jualan Produk IKS dari Gabungan Usahawan Bukit Kepong. Turut dijalankan ialah taklimat kesihatan yang dikelolai oleh Nutrilite Amway, taklimat Denggi Dan Pencegahannya serta taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang disampaikan oleh Petugas Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong. Kemuncak program memperlihatkan Majlis Perasmian yang didahului dengan kata-kata aluan dari Petugas Pusat Internet dan Majlis Bacaan Doa yang diketuai oleh Encik Mulyadi Bin Punari selaku Imam Surau Al-Azim Kg Raja Bukit Kepong sebelum ucapan dan gimik perasmian yang disempurnakan oleh Encik Muhammad Aidil Aziz Bin Hanafi selaku Penghulu Mukim Bukit Kepong. Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan dan cabutan bertuah mengakhiri program ini sebelum para VIP dan pengunjung dijamukan dengan makanan tengahari yang disediakan.
Tarikh | : 01 & 15 Ogos 2019 |
Masa | : 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Warga Emas & Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Tujuan kelas diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada peserta terhadap teknologi ICT masa kini yang merangkumi asas perkakasan computer dan pemprosesan perkataan yang dilihat sangat membantu dalam pelbagai aspek kehidupan manusia antaranya dalam pembangunan tahap kebolehan peserta selain pembangunan pendidikan pelajar dan memudahkan perlaksaan sesuatu tugasan.
Aktiviti
Seperti kebiasaannya seawal kelas peserta didedahkan kepada Aplikasi Dashboard Komuniti dan kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penekanan kepada modul-modul tertentu yang disediakan. Seterusnya peserta diperkenalkan kepada teknologi computer masa kini yang mana ianya meliputi pengenalan kepada perkakasan computer sehingga ke perisisan-perisian yang boleh dimanfaatkan seperti aplikasi pemprosesan perkataan Microsoft Office Word. Peserta didedahkan kepada teknik asas menaip dengan betul sehingga mampu menyiapkan tugasan menaip yang disediakan sebelum diperkenalkan kepada menu-menu yang tersedia di dalam aplikasi tersebut seperti menu Home. Setelah diperkenalkan kepada menu tersebut, peserta diajarkan untuk mempraktikkan menu yang telah diperkenalkan sebelum melaksanakan latihan-latihan asas yang disediakan dengan dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas secara langkah demi langkah.
Tarikh | : 09 Ogos 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas Microsoft Office Power Point ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih pelajar memanfaatkan teknologi ICT masa kini dalam usaha meningkatkan tahap kebolehan para pelajar itu sendiri antaranya melalui platform aplikasi Microsoft Office Power Point dan Google Search.
Aktiviti
Seawal kelas, pelajar didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pendedahan ringkas kepada aplikasi Dashboard Komuniti. Seterusnya pelajar didedahkan kepada teknik mengenalpasti sesuatu imej yang dikehendaki dan bersesuaian dengan topic pembelajaran di dalam Google Search dan memuat turun imej tersebut sebelum diajarkan menyunting serta memasukkan imej yang diperolehi ke dalam tugasan pembelajaran melalui aplikasi Microsoft Office Power Point.