Tarikh | : 10 Mei 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah & Pelajar Tabika KEMAS |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran pelajar secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti Quizizz.com dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran para pelajar.
Aktiviti
Sebagai permulaan, para pelajar diberikan penerangan tentang kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan pendedahan kepada modul-modul Online Grooming beserta contoh-contoh kes yang pernah berlaku. Seterusnya para pelajar didedahkan pula kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu Quizizz.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran kanak-kanak. Seterusnya para pelajar didedahkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut para pelajar menjawab persoalan-persoalan berkaitan dengan sesuatu topik pembelajaran. Melalui pembelajaran ini juga, keterampilan para pelajar akan dinilai berdasarkan segmen pendengaran, kefahaman, ejaan, pengiraan dan sebagainya. Model pembelajaran berteraskan audio dan visual menjadikan suasana pembelajaran yang ceria dan menarik minat para pelajar.
Tarikh | : 08 Mei 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Guru Tabika KEMAS Kampung Bukit Panjang Bukit Kepong |
Tujuan
Kelas Asas Microsoft Office Excel ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam melaksanakan sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Office Excel melalui menu-menu tertentu.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan ringkas tentang aplikasi Microsoft Office Excel termasuk menu-menu yang tersedia serta fungsi dan cara mengaplikasikan penggunaannya sebelum diaplikasikan ke dalam laporan dan tugasan yang perlu disiapkan. Peserta juga diajarkan secara langkah demi langkah terutama dalam merangka format sesuatu jadual maklumat sehingga penekanan kepada aspek kekemasan tugasan diberikan.
Tarikh | : 07 Mei 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Kelas Asas Website Open Source ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat serta platform maklumat yang sangat membantu dalam kehidupan masa kini.
Aktiviti
Seawal kelas peserta didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta peranan bagi setiap satunya. Seterusnya peserta diberikan sedikit penerangan berkenaan teknologi maklumat di alam siber termasuk kepentingan dan sumbangannya kepada manusia selain risiko yang perlu dihadapi oleh pengguna. Peserta diberikan penekanan terhadap aspek ketulenan dan kesahihan sesuatu laman web melalui modul Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang diberikan sebelum memulakan sesuatu tugasan. Secara langkah demi langkah, peserta diajarkan untuk mengenalpasti maklumat yang diperlukan sebelum membuat sebarang muat naik sesuatu maklumat ke laman web tertentu dan menyimpan maklumat tersebut sebelum mencetaknya sebagai bahan rujukan.
Tarikh | : 07 Mei 2019 |
Masa | : 3.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Petugas Pusat Komuniti Desa Mukim Bukit Kepong & Petugas Perpustakaan Desa Kampung Raja Bukit Kepong |
Tujuan
Mesyuarat ini dijalankan adalah bertujuan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Program Ukhwah Ramadhan 2019 yang bakal dijalankan bersempena bulan Ramadhan termasuk aktiviti-aktiviti dan kembara menyampaikan sumbangan kepada golongan sasaran yang akan dilaksanakan. Selain itu, mesyuarat ini juga bagi menyelaras segala pergerakan kembara serta kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan dalam memastikan kelancaran program tersebut.
Aktiviti
Mesyuarat didahului dengan sesi penerangan ringkas tentang matlamat dan konsep program yang bakal dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelumnya. Perbincangan menyentuh perihal sumber bantuan yang bakal dikumpul untuk diagihkan kepada golongan-golongan asnaf yang memerlukan selain mengenalpasti golongan asnaf yang layak menerima sumbangan yang dimaksudkan.
Tarikh | : 05 Mei 2019 |
Masa | : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Usahawan, Belia & Wanita |
Tujuan
Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan mendedahkan dan mendidik para peserta terhadap teknik masakan menu Mee Bayam dan Home Made Sardin dengan penerapan dan asas gaya pemakanan yang sihat seterusnya berpotensi untuk dipasarkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Aktiviti
Seawal bengkel, Petugas Pusat Internet mengambil tempat dimana para peserta diberikan penerangan berkenaan Pusat Internet termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan selain kursu-kursus serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan dari masa ke semasa. Para peserta juga didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) melalui modul “Over Sharing” sebelum diberikan taklimat berkenaan modul-modul Dashboard Komuniti. Seterusnya, melalui Petugas Noxxa tutorial masakan menu Mee Bayam dan Home Made Sardin dijalankan dengan setiap peserta diajarkan secara langkah demi langkah teknik masakan tersebut yang mana menghasilkan masakan yang baik untuk kesihatan selain berpotensi untuk dipasarkan. Dengan perkakasan dan peralatan masakan dari Noxxa, para peserta dilihat lebih selesa dan mudah dalam penyiapan menu masakan tersebut dengan didedahkan kepada penjimatan dari segi kos dan masa. Bengkel berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari yang disediakan.