Tarikh | : 17 April 2019 |
Masa | : 8.00 Pagi - 9.00 Pagi |
Lokasi | : Tabika KEMAS Kampung Tui 1 Bukit Kepong |
Peserta | : Ibubapa Pelajar Tabika KEMAS Kampung Tui 1 Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan program disertai adalah untuk bersama-sama ibubapa dan komuniti membersihkan kawasan sekitar Tabika KEMAS Kampung Tui 1 Bukit Kepong.
Aktiviti
Program bermula dengan penerangan ringkas tentang program dan pembahagian kepada kumpulan-kumpulan. Aktiviti pembersihan dilakukan secara berkumpulan dari semua sudut kawasan yang terlibat.
Tarikh | : 07 April 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 1.00 Petang & 3.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Tujuan
Latihan ini dijalankan bertujuan mendidik dan mendedahkan kepada peserta etika dalam menghasilkan suatu resume serta teknik penyusunan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum dalam menghadapi sesi temuduga bersama majikan.
Aktiviti
Latihan dijalankan selama dua sesi pagi dan petang merangkumi aspek penyediaan diri, dokumentasi, resume dan sijil-sijil berkaitan. Sesi pagi latihan peserta diberikan penerangan dan pendedahan kepada tren menghadapi sesi temuduga merangkumi persediaan diri dan etika dalam penyusunan dokumen diri serta sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum. Pada sesi kedua latihan yang dijalankan disebelah petang pula, peserta didedahkan kepada resume dengan format yang lengkap serta penekanan kepada objektif resume itu sendiri selain aktiviti memasukkan data peserta ke format resume yang diberikan. Peserta juga diberikan taklimat menghadapi sesi temuduga secara keseluruhannya termasuk etika dalam sesi temuduga dan persediaan-persediaan khusus sebelum menghadapi sesi temuduga.
Tarikh | : 18 Mac 2019 |
Masa | : 9.00 Pagi - 10.00 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Tujuan
Kelas Asas Website Open Source ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat serta platform maklumat yang sangat membantu dalam kehidupan masa kini.
Aktiviti
Seawal kelas peserta didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta peranan bagi setiap satunya. Seterusnya peserta diberikan sedikit penerangan berkenaan teknologi maklumat di alam siber termasuk kepentingan dan sumbangannya kepada manusia selain risiko yang perlu dihadapi oleh pengguna. Peserta diberikan penekanan terhadap aspek ketulenan dan kesahihan sesuatu laman web melalui modul Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang diberikan sebelum memulakan sesuatu tugasan. Secara langkah demi langkah, peserta diajarkan untuk mengenalpasti maklumat yang diperlukan sebelum membuat sebarang muat naik sesuatu maklumat ke laman web tertentu seperti SPA dan menyimpan maklumat tersebut sebelum mencetaknya sebagai bahan rujukan.
Tarikh | : 02 April 2019 |
Masa | : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Tujuan kelas dijalankan adalah untuk mendedahkan peserta kepada teknologi komunikasi berkesan masa kini dan sumbangannya kepada manusia serta teknik-teknik untuk menggunakannya.
Aktiviti
Di dalam kelas tersebut, peserta pada awalnya diperkenalkan kepada jenis-jenis komunikasi dan fungsi-fungsinya. Seterusnya didedahkan kepada teknik mencipta sesuatu emel melalui menu-menu dan fungsi-fungsi tertentu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Peserta juga pada akhirnya diajar mencipta sesuatu emel dan mengaplikasikan fungsi “lampiran” sebelum menghantar emel tersebut kepada penerima tertentu.
Tarikh | : 08 Mac 2019 |
Masa | : 3.00 Prtang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih para pelajar memanfaatkan teknologi ICT masa kini dalam melaksanakan sesuatu tugasan suntingan imej melalui aplikasi Microsoft Office.
Aktiviti
Sebagai permulaan kelas, para pelajar diperkenalkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pendedahan ringkas kepada aplikasi Dashboard Komuniti. Seterusnya para pelajar didedahkan kepada teknik mengenalpasti sesuatu imej yang dikehendaki dan bersesuaian dengan topic tugasan di dalam Google Search serta memuat turun imej tersebut ke computer masing-masing. Para pelajar kemudiannya diajarkan memasukkan imej yang telah dimuat turun ke dalam tugasan pembelajaran melalui aplikasi Microsoft Office Word dan Power Point sebelum menyunting serta menambahbaik imej tersebut dengan unsur-unsur yang dikehendaki.