Tarikh : 03 Mac 2019
 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta

: Setiausaha, Majlis Penggurusan Komuniti Kampung (MPKK) - Kampung Tui, Kampung Kechik, Kampung Sawah Laku & Kampung Bukit Bendar Mukim Bukit Kepong.

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan adalah bagi memperkenal dan mendedahkan kepada peserta terhadap teknologi internet masa kini dan kemudahan pencarian sesuatu maklumat yang tersedia serta sumbangannya kepada manusia.

Aktiviti

Seawal kelas peserta diberikan penekanan terhadap kempen Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang menekankan aspek keselamatan data di alam siber serta risiko-risiko yang dihadapi pengguna internet masa kini selain ketulenan sesuatu maklumat yang terdapat di alam siber. Seterusnya peserta diperkenalkan kepada enjin carian melalui aplikasi Google search dan diajarkan teknik mencari sesuatu maklumat yang diperlukan sebelum dimuat turun dan digunakan. Ketulenan sesuatu maklumat diberikan penekanan dalam kelas yang dijalankan dan para peserta diajarkan teknik Copy dan Paste sesuatu maklumat yang diperlukan dan melakukan kemasan terhadap sesuatu kertas kerja yang disediakan.

Gambar di sini

 Tarikh : 02, 03, 06, 08, 23 & 26 Januari 2019
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari dan 3.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS, Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah, Wanita Dan Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sawah Laku Bukit Kepong.

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada para pelajar terhadap teknologi ICT masa kini merangkumi asas perkakasan computer dan pemprosesan perkataan yang dilihat sangat membantu dalam pelbagai aspek kehidupan manusia antaranya pembangunan tahap pendidikan para pelajar dan perlaksaan sesuatu tugasan.

Aktiviti

Seperti kebiasaannya seawal kelas para pelajar dan peserta didedahkan kepada Aplikasi Dashboard Komuniti dan kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan penekanan kepada modul-modul tertentu yang disediakan. Seterusnya para pelajar dan peserta diperkenalkan kepada teknologi computer masa kini yang mana ianya meliputi pengenalan kepada perkakasan computer sehingga ke perisisan-perisian yang boleh dimanfaatkan seperti aplikasi pemprosesan perkataan Microsoft Office Word. Para pelajara dan peserta didedahkan kepada teknik asas menaip sehingga mampu menyiapkan tugasan menaip yang disediakan sebelum diperkenalkan kepada menu-menu yang tersedia di dalam aplikasi tersebut seperti menu Home, Insert, Page Layout dan sebagainya. Setelah diperkenalkan kepada menu-menu tersebut, para pelajar dan peserta diajarkan untuk mempraktikkan menu-menu yang telah diperkenalkan sebelum melaksanakan latihan-latihan asas yang disediakan dengan dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas.

Gambar di sini

 Tarikh : 01, 04 & 07 Januari 2019
 Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Wanita Dan Belia

 

Tujuan

Kelas Asas Website Open Source ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat serta platform maklumat yang sangat membantu dalam kehidupan masa kini.

Aktiviti

Seawal kelas para peserta didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan aplikasi Dashboard Komuniti dan fungsi serta peranan bagi setiap satunya. Seterusnya peserta diberikan sedikit penerangan berkenaan teknologi maklumat di alam siber termasuk kepentingan dan sumbangannya kepada manusia selain risiko yang perlu dihadapi oleh pengguna. Peserta diberikan penekanan terhadap aspek ketulenan dan kesahihan sesuatu laman web melalui modul Advokasi Klik Dengan Bijak yang diberikan sebelum memulakan sesuatu tugasan. Secara langkah demi langkah, peserta diajarkan untuk mengenalpasti maklumat yang diperlukan sebelum membuat sebarang muatnaik ke laman web tertentu.

Gambar di sini

 Tarikh : 22 & 30 Januari 2019
 Masa : 4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS Dan Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Pemantapan Bahasa Melayu ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran Bahasa Melayu khusus untuk pelajar peringkat awal kanak-kanak dengan melatih pelajar menggunakan latihan-latihan tertentu sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar seawalnya diterapkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pendedahan kepada aplikasi Dashboard Komuniti. Sebagai permulaan kepada topic pembelajaran, pelajar didedahkan kepada laman web pendidikan yang berkualiti bagi pendidikan awal kanak-kanak antaranya abcya.com dan uptoten.com yang mana pelajar diberikan penerangan tentang segmentasi-segmentasi tertentu mengikut keksesuaian pembelajaran. Permainan di dalam pendidikan adalah teras yang digunapakai dalam menarik minat dan perhatian para pelajar dengan visual-visual dan audio-audio animasi tertentu. Seterusnya para pelajar diajar dan didedahkan kepada teknik penggunaan suku kata dengan betul dan mengeja sesuatu perkataan melalui modul latihan yang disediakan. Melalui modul latihan tersebut, para pelajar diminta melaksanakan sesuatu tugasan berdasarkan modul yang telah dipelajari dan menyiapkan latihan tersebut dengan penilaian yang diberikan diakhir kelas.

Gambar di sini

 Tarikh : 29 Januari 2019
 Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Kelas Microsoft Office Power Point ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih pelajar memanfaatkan teknologi ICT masa kini dalam melaksanakan sesuatu tugasan persekolahan antaranya melalui platform aplikasi Microsoft Office Power Point dan Google Search.

Aktiviti

Seawal kelas, pelajar diterapkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan pendedahan ringkas kepada aplikasi Dashboard Komuniti. Seterusnya pelajar didedahkan kepada teknik mengenalpasti sesuatu imej yang dikehendaki dan bersesuaian dengan topic pembelajaran di dalam Google Search dan memuat turun imej tersebut sebelum diajarkan menyunting serta memasukkan imej yang diperolehi ke dalam tugasan pembelajaran melalui aplikasi Microsoft Office Power Point.

Gambar di sini